Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Saturday, June 2, 2007

Kisah RM100 dan harga diri

Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu
sesi motivasi. Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit
RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang
pesertanya. . "Siapa nak duit ni?", tanya Prof Ibrahim. Semua peserta
mengangkat tangan. Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada
kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia
menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya : " Ada sesiapa yang
nak duit ni lagi". Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan.

Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. "OK, apa kata kalau saya
buat macam ni?". Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan
kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja.
Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya,
lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.
"Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?", tanya Prof.
Ibrahim.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala.
Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof
Ibrahim. "Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap
mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa?

Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.
RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak," kata Prof. Ibrahim. Semua
peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering
kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur,
ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak
berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda
tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda
tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan
datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi
siapa sebenarnya kita..." jelas prof Ibrahim.