Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Wednesday, December 19, 2012

Feeding Made Easy





Ini salah satu buku yang husband mai pilih kat bbw utk mai baca. Mula2 tu mai xdpt tgkap the whole pic psal buku ni. Sesampai je kt umah, mai selak dr dpn smpi abis. Mai rasa buku ni menarik sbb penulis nk memudahkan proses menyiapkan mknn dr shopping smpai la memasak. Sesuai utk ibu2 yg bekerja n mai yg slalu spent byk ms psal mknn ni. Kdg2 nk tdo pn xleh gara2 pkir ape nk msk sok. Hhihihi.

Buku ni share byk tips2 menarik, resepi2 simple dan sihat, and ade case study utk handle isu2 pemakanan anak n eating habit anak. Mai br bce sket je, tp ade satu fact yg mai rse menarik. Penulis ni share dlm introduction, sesiapa yg sejak dr bayi lagi diperkenalkan dgn diet yang sihat, akan membesar sebagai orang yang mengamalkan diet yang sihat dalan hidup mereka, tidak kira la bagaimana hebatnya media mempromosi processed food dan snack. Bagus kan? :)

Posted via Blogaway

Tuesday, December 18, 2012

BigBadWolf 2012




This year mai lom post lg pic psal bbw kan? Hihi last yr smgt, tiap kali pegi dpl snap pic buku yg dibeli. Taun ni malas sket la. Hihihi mai pegi 7am on 2nd day bbw start. Sbbnye nak feel sket tgk buku2 br. Hihi

Last yr luqman byk dpt buku lama, old-seasoned gak la smpi die leh koyak-koyakkn huhu. Kebetulan tahun ni dorg buat 63hrs non stop utk 1st weeken, n mai nk ikut. Maka kne gerak pagi2 la. (Klo x mai xleh ikut, tkut terberanak kt sane) hhiihi. Memang heaven pegi time tu, lengang giler :) tp mai xlrt nk round lama2. Huhu dh sakit blkg + pert mengeras kan. Huhu. Xpe la, tp yg penting puas ati dpt buku cantik. Beli 1 buku massage, jamie oliver, detox recipe, 1 buku parenting guide. Husb lak grab byk gak, xingt dh buku pe. Tp plg byk beli buku luqman. Ade a few yg dh bce kan kt die n planning utk share kt cni one day. Suke style buku kanak2 kt bbw. Msti ade element2 yg menarik kanak2.

Husb pegi esoknya pagi2 alone sbb nk beli utk anak buah2 n utk gift utk anak2 membe klo ade event pape since buku sume cantik2. Tp mai dh tak dibenarkan ikut. Huhu nak wat cane kan :(

** pic tu buku utk 1st trip je,2nd trip dh xdaya nk snap. Hihi. Lps2 ni mai plan nk wat review buku2 yg dh bce, atau info2 menarik ade dlm buku2 tu****

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Cheesecake di tengah malam

Hehehe.. Selamat malam semua.. rajin tak saya, tengah malam ni baking 2 bijik cheese cake.. hohoh

Actually dah lama dh nak buat cheesecake ni.. konon sempena birthday husband 1hb Dec aritu.. tapi practis before tu tak jadi...down ler kejap..
Then by that date, husband ade banyak urusan plak dgn familynya.. kena ulang-alik KL-Muar-Segamat-Muar-KL... huhuhuh.. malam plak ade wedding.. mmg x dapek la celebrate... kite yang beria sedih, dia wat rilek je.. hihihi.. pastu dok tunggu masa sesuai utk beli bahan n baking tu pon satu hal la kan.. pantang ade weeken free, mak buyong ni mengajak aje.. MAHA la.. BigBadWolf la.. hihihi.. so ptg td br dpt timing baik g kedai bakeri...Then untuk mengadakan mood membaking ni, malam perlu la masak simple je kan.. so ktrg mkn bubur kacang durian je.. hikhikhik..kejap je buatnye.. klo msk, I ni mmg slow sket.. confirm 1jam lebih..nak cecah 2 jam gak la kot.. lps tu dh tercungap2 penat bwk perut dgn sakit pinggang la macam2... hihihi


Ok, stop membebel Mai.. For those yang nak try sila ke link ini.. >>SINI<<
Sangat senang ok.. tapi 1st try aritu sgt mengecewakan sbb slh beli cheese.. I mmg bkn org western.. hukhukhuk...malu je..


***saat Mai type post ni adalah pd 12/12/12 lbh krg kol 1pg.. huahuahua.. tp dek kerana nk tggu pic pnye psal maka tertgguh nk publish smpi la ni... hahahah... ok guys tgk la pic yg x seberapa.. dpt 2 biji kek.. satu letak blueberry filling kt tgh layer.. satu lagi wat topping plak..




Friday, December 7, 2012

Alhamdulillah 002181150-T

Alhamdulillah.... tadi kol 12.10tghr submit online registration utk business kt SSM.. kol 1.00pm dh dpt email notification kata business dh berjaya registered.. Cepat kan? hihihih

Semoga lepas ni peluang perniagaan semakin cerah.. :)

Pendaftaran Perniagaan secara Online part2

Selepas pendaftaran nama berjaya, anda akan dapat mesej ini pada laman mygov anda.

Kemudian, kita register pula perniagaan online.
Select SSM-Online Registration of Business (ROB) dari list of services. Seperti step2 yang saya tunjukkan dalam previous post <<SINI>>


Ada 2 jenis form yang perlu dilengkapkan. 
**Remember!!! click Finish untuk kedua-dua borang itu untuk membolehkan anda submit registration tersebut**

hehehe.. buat smpi dua hari, semata2 sebab silapnya x click button Finish, just click Save je.. ape daaa mai ni.. and YES RM50 ONLY for 5YRS registration.. hihihih.. murah-murah

Step kali ni Mai banyak miss sbb pening dok ngadap form ni.. huhuh.. so diharapkan korang yang nak guide leh refer reference yang mai link kan dalam previous post ye. <<SINI>> Sorry.

Wednesday, December 5, 2012

Panduan Pendaftaran Perniagaan secara online

Hari ini Mai nak share cara-cara nak register SSM via online. Tak perlu susah gi SSM's office.. huhuh.. kne tggu cik abe cuti plak.. better buat sendiri. Lagipun sampai end of this year ade promo, register untuk 5yrs RM50.. kalau x silap :) murah tu.. sila la register sekarang ye kawan-kawan yang berhajat nak berbisnes.. x kire kecik ke besa :)

Reference yang senang nk follow.
Refer link ini >> http://mombloggersplanet.com/how-to-register-a-sole-proprietorship-business-online-using-ssm-com-my-part-1/  <<

Mygovernment
1. Register dengan myGovernment (Sign Up)


2. Register sebagai individu. Boleh refer pic kt bawah, ade note untuk pendaftaran SSM


3. Isi details
4. Isi username/password (tiada dalam pic)
5. Done. Dorg akan verify IC no and Nama kita through JPN.Once dpt email dan activated barulah registration ni success :)



Then, register as SSM Subsriber.
1. Sila ke MyPortal (MyGovernment).
 (Rujuk gambar di atas)
2. Click ke myOnline Services Links 
3. Tiada paparan pada skrin My Online services sekiranya ini adalah perkhidmatan online anda yang pertama menggunakan myGovernment.
4. Oleh itu click button "ADD"
5. Masukkan keyword "SSM" dan tekan button "Search"
6. Pilih SSM Subscriber Registration, tick pada checkbox untuk disenaraikan pada skrin My Online Services dan click pada link untuk terus ke paparan SSM subscriber Registration
7. Skrin seperti image di bawah akan dipaparkan setelah anda click SSM Subsriber Registration.
8. Click pada link "Online Services" seperti dalam image di bawah dan Importan Note akan dipaparkan.
9. Click OK, Page SSM subsriber Registration akan dipaparkan
10. Scroll down.
11. Pilih Type of Subscriptions: ROB atau ROC
12. Click "Open Form"
13. Profile anda akan dipaparkan, semak dan click 'Finish' sekiranya tiada perubahan.
14. Click 'OK' pada paparan mesej "Data has been saved"
15. Baca Terms and Conditions, sekiranya setuju click 'Agree' dan tekan button 'Submit'



Made your subsribtion's fee online
1. Payment information screen will be appear
2. Pilih payment method (Prepaid/Credit Card/Direct Debit)
  **Pilih Direct Debit sekiranya ingin menggunakan khidmat FPX untuk payment daripada CIMBClicks/M2u dll
3. Check Email anda untuk semak status pembayaran menggunakan FPX.

Check status registration
1. Click MyOnline Transactions, status 'Succesful' menandakan registration anda berjaya! 




SSM - Application for Business Name Approval (ROB)
1. Step 1-5 seperti register ssm subsriber.
2. Search   Application for Business Name Approval (ROB) 
3. Tick pada checkbox untuk disenaraikan pada skrin My Online Services dan \click pada link untuk terus ke paparan SSM subscriber Registration


4. Click OK
5. Satu paparan yang mengandungi info-info berkenaan SSM dan guidelines dalam pemilihan nama syarikat.
6. Skrol ke bawah dan klik Open Form
7. Pdf form untuk mengisi nama syarikat yang ingin didaftarkan akan dipaparkan. Isi kan details pemilik (anda) dan nature of business anda
8. Click Finish


9. Skrin akan kembali ke skrin step 5. Pilih Submit dan pop up windows akan keluar. Klik OK untuk terus submit form anda.
10. Setelah keluar skrin seperti di atas. Tunggu sehingga anda mendapat email kelulusan dari SSM.

OK nanti sambung next post plak...

SSM


Tuesday, December 4, 2012

Virgin Coconut Oil VCO

Virgin Coconut Oil atau Minyak Kelapa Dara. Pasti korang sume biasa dengar kan?

Semalam bawak MIL g jalan-jalan MAHA (disamping saya yang mau byk berjalan untuk mudahkan bersalin nnt ;-)) jumpa satu booth ni under KEJORA jual product VCO.. trus stop, sbb dh lama actually cakap dgn husband nak consume VCO untuk me and Luqman.. YES, banyak khasiat untuk wanita mengandung dan juga kanak-kanak. esp dalam membina antibodi badan mereka..

Hari ini mai nak share benefits yang mai jumpa dalam group FB and article.

Reference:


Benefit:
  • boleh relief morning sickness
  • prevent high blood sugar esp time pregnant kan some women akan kne GDM
  • prevent miscarriage juga (surprisingly br tau!!) 
  • prevent dehydration. (VCO boleh restore blk lost nutrients supaya badan sentiasa hydrated)
  • prevent constipation (yg ni plg best.. im planning nk consume after delivery gak.. merana tau bab ni.. huhuhu)
  • boleh mengimbangi suhu badan... seriously kalau pregnant bdn panas semacam..sometime sejuk plak tetibe..and sbb hormon level jugak kdg2 kte akan jd moody :) so dgn VCO, bdn akan sentiasa sejuk..
  • Menyihatkan kulit. Yang ni mmg byk good review so far. ade yg leh ilang stretch mark.. yan consume dr early pregnancy plak kata mmg xde stretch mark langsung. Jeles wo.. boleh ilangkan rashes,eczema anak, jerawat, kesan-kesan terbakar. In fact kalau ibu pregnant makan boleh cantikkan kulit si ibu dan anak yang bakal lahir juga.
  • mengelakkan infection disease. Yang ni pun dh byk review, mommies yg bagi anak mereka VCO, boleh elakkan dr flu,batuk and also kuatkan antibodi badan. X silap mai sbb VCO ni antioksidan, mana2 anti oksidan food mmg bgus untuk tingkatkan antibodi badan.
  • Sebagai milk booster. Yang ni pun br tau.. huhuh mmg definitely nak consume selepas2 ni..
  • memudahkan proses bersalin. Yang ni pernah terbaca kat internet. kalau sapu kt laluan keluar tu silap2 xperlu jahit pun.. huhuh..bestnye la haii...
  • enhances one’s fertility and so help one conceive.
Yang bestnye time kat MAHA tu, mai beli 1 set of product VCO ni..
  • untuk makan (5ml twice utk adult, 3ml once utk toddler)
  • untuk sapu (buat mcm minyak urut, tp x pedih)
  • untuk spray (untuk muka,badan,rambut yg ni elok utk cantikkan kulit)
  • perfume (x bukak lg, xtau wangi ke x.. hihih)
  • sabun 
Mai xleh bg personal review lagi sbb br 2days consume.. and tgh pujuk Luqman untuk mkn.. die lom berminat lg.. huhuhu.
Im thinking of...to be their agent kalau btul2 nampak kebaikannya pd diri sendri...

Tuesday, November 27, 2012

36weeks routine checkup

Alhamdulillah.. dah lama x cerita psal pregnancy.. hehehe...
Pagi tadi g klinik wat routine checkup 36w+.. Alhamdulillah everything goes well.. same with the lil one dlm tummy mama ni.. 3.0kg mak aii.. mak terkejut ble tgk time doc scan tuh.. Padan la mama dh x larat serba serbi...
Uri pun dah naik.. and free from placenta previa (huhuh sadis ble teringat blk time dpt tau kne placenta previa tuh.. siap dh kne refer hospital lagi.. sob sob sob :()
Doc mcm wat syarat je utk next appointment next 2w.. die siap pesan g hospital bile dh turun tanda.. errrksss... baby mama akn kua too soon ke? errkk.. takut plak.. bknnye ape, supposed ade lg 3-4w kot.. and takut gak klo deliver awal2, takut baby lom ready lg.. huhuh doakan ye kawan2... mudah-mudahan baby sehat ble kua nanti...

Ok, smpi sini je utk topic ni.. nk g google psal sign of labor.. sebab, ade a few things yg Mai rase x brp best sekarang...kalau ye dh dekat, kne get ready la.. lom abis lg study psal breathing, active labor dll... hopefully this time dpt deliver normal, no medication, induce, n no episiotomy.. Amiiiiinnnnnnn :)

GO Gentle Birthing :)

Wednesday, November 7, 2012

Puding Epal




Hari ini nak share resipi Puding Epal...

Senang je nak buatnya.. Rasanya nak ubah untuk macam2 jenis buah pon boleh jugak kot. Ktrg selalu ade stok buah utk si kecil dan mamanya..sampai selalu berlebih2.. takut x elok klo bia lama, tu yang terfikir nak buat something different plak kali ni :)

Resipi ni mai jumpa dari blog suzanazamri (boleh refer link tu untuk resipi asal ye)

Ni sukatan yang mai buat,beza sket, x byk pon.. sbb kurangkan kuantiti gula n lebih kan epal sebab nak kasi anak makan kan.. x sesuai plak buat manis-manis :) manis-manis buah gtu je la :)

Bahan-bahan:

2-4 biji epal.. (Mai guna 3 biji epal +- tak tau brp je yg msuk dlm puding sbb si bujang ni dok cekut2 msuk mulut.. heheheh)

1 tin susu cair

1 1/2 cawan gula (boleh ubah ikut selera masing-masing)

1 peket agar-agar

6 cawan air

secubit garam

1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara


  • Epal tu buang kulit n potong kecil dan blend dgn susu cair
  • Masak agar-agar dan air, smpai larut. 
  • Masukkan gula kacau smpi mendidih
  • Campurkan hasil blend tadi smpai sebati
  • Masukkan garam dan esen vanilla
  • Dah siap semua, padam api, masukkan dalam bekas loyang/acuan dan sejukkan sebelum masukkan ke dalam peti ais


(Tips mak mai kalau buat agar-agar ni***kne sentiasa kacau supaya agar-agar tu cantik, tak berketul-ketul. Kalau tak kne tmbh satu step lg lepas padamkan api, which is kne tapis dulu before letak dalam bekas***)

Tgk pic yg mai attach tu, tu 1 part dr byk2 yg mai buat.. byk2 tu separuh darpdnye anakanda luqmanulhakim yang habiskan.. hihihih.. kena ngan selera die la tuu :)

Selamat mencuba kawan-kawan!! :)



Posted via Blogaway

Monday, November 5, 2012

Warehouse sale myDear Dec2012






Assalamualaikum dan selamat malam semua.. hihihi

Saje nak share about our activities this morning... mesti korang sedia maklum ade warehouse sale MyDear kan?

Kitorg saje je gatal2 nak pergi memandangkan hari ni last day. Lps tu terbygkn arini ade gak mom n baby expo kan pwtc, maka ktrg assume x ramai org la klo g pagi2 tu. Maka around kol 8.15 dh kua umah, beli sarap dlu pastu trus g. Tepat kol 9 dh smpi. Hihihi.

Tgk2 xde org pon, tmpt tu penuh dgn staff dorg je... mule2 tggu kjap, lps tu husb kua utk make sure yg dorg dh open. Plannye, kalau ramai org husband je yg pegi beli. Lagi pun ai ni dh memboyot dh + keadaan kesihatan pon x brp memberangsangkan.... tapiiiiii since xde org, husband pon ajak la msuk skali..

Masyukknyeee ble xde org kt ctu..plannye nk beli car utk luqman. Tup tup husband plak wat surprised nk belikan baby cot utk next baby. I LIKE!!!!

Hehehe..

So first skali husband soh g survey baby cot dlu... mai dh reject playpen sbb dlu time pergi umah wan tgk baby die, si luqman ni excited sgt tgk baby... asik terjengah2 kt dlm playpen tuh... yg x bestnye playpen tu pon bergoyang2 la time luqman berpaut kt ctu. Sejak dr aritu mai mmg reject la... so, mai dh ckp awal2 dgn husband, klo takat playpen mai lg rela baby xde katil. Hihihi.

So yg bestnye kat sana, since xde org.. staff dorg mmg terang detail la satu2 jenis baby cot yg dorg jual tu. Best kan? Crite psal beza size, kenapa harga beza n mcm2 lg la... borak2 kosong pn ade la jugak. Hihihi. Lps mai decide satu jenis katil ni, husband plak pilih nk beli 1 set... perghhhh I mmg 10x LIKE la... hihih..

Sebenarnya x penting pon yg lain2 tu. Mcm mosquito net, rangka die... bantal slimut bagai, sbb 2nd child kan.. sume tu dh ade.. n musquito net plak mcm x perlu sbb ktrg nk letak baby time siang je la kononnye... concern sbb nnt mai nk solat ke ape ke, at least baby dok kt tmpt yg selamat dr along nye. Hihihi. Tp dh boss kate ok, saye pn cpat2 angguk kepala gak. Hahaha

Ok settle set katil rm500+ (tgk? Harge pon x ingt dh, mentang2 la bos bayar  hiihi). Lps tu g survey car luqman plak. Bkn men sronok anak bujang tuh. Org soh pilh kete, abis sume kereta die nk try... lps tu piilih satu kereta rm72 (normal price rm99.90). Lg satu yg best ble xde org ni, staff dorg siap offer nk psgkn kete luqman siap2..senang sket keje. :-)

Lps tu g myfabulousmom boutique plak utk beli brg mama... last preparation for becoming baby. #syoknye shopping ble husband bg green light#  :-D

P/s: tgk ler gmbo luqman tu, punye la excited die nek new car smpikan time ngantuk pon die nangis tp still x berganjak dr car die... hihihi. Suke sebenarnye bile tgk anak happy :-D


Posted via Blogaway

Sunday, November 4, 2012

#Ikan dan tumbesaran otak


Pendedahan kepada plumbum dan merkuri sejak di dalam rahim atau ketika zaman kanak-kanak boleh mengurangkan kecerdasan, kerana logam-logam berat 'heavy metal' ini boleh menjejaskan perkembangan otak. Sejak bertahun-tahun wanita diberitahu agar mengurangkan pengambilan ikan kerana dikhuatiri mengandungi merkuri. Tetapi tahukah rakan-rakan, ikan adalah sumber terbesar asid lemak omega-3? Di mana ia merupakan bahan yang penting di dalam pertumbuhan saraf. Malahan kekurangannya ketika pembrntukan otak boleh menyebabkan masalah kesukaran belajar.

Menurut author buku yang Mai baca ni, solusi perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko tetapi pada masa yang sama kita dapat memperolehi khasiatnya. Maka, mereka mencari sumber2 kajian untuk lebih mendalami isu ini. Beberapa kajian membuktikan, >>kanak2 yang ibunya mengambil ikan sekurang-kurangnya 170gm serving setiap minggu ketika hamil, mempunyai social behaviour dan verbal IQ yang tinggi

>>pengambilan ikan penting ketika hamil kerana pada masa ini pembinaan dan tumbesaran otak anak adalah kritikal

>>perbandingan seterusnya membuktikan pengambilan ikan yang rendah kandungan merkuri dapat meningkatkan kecerdasan verbal.

Bagaimana kita nak tahu kandungan merkuri pada ikan??

Formulanya = the smaller the fish, the less mercury it may contains :-)

P/s:

Parents Mai selalu pesan untuk ajar anak makan ikan. Start sekecil yang boleh. Kata mereka, ikan bagus untuk otak. Kalau kita perhatikan, kenapa anak2 orang yang kurang senang seperti nelayan dan petani mampu berjaya salah satu sebabnya mungkin kerana pemakanan mereka atau ibu mereka sejak hamil. Tiada ayam atau daging, tiada fast food.

Mai kagum dgn parents mai jugak sebenarnya, even though dorg tak belajar tinggi tapi mereka tahu fakta ini.

Semoga bermanfaat ye rakan-rakan :-)

Saturday, November 3, 2012

Luqman's colouring session





Today learning session

Colouring fish template. Boleh download kt web ini.

At the same time kenalkan dengan colour (red,blue,yellow,green)

Its ok kalau die xkenal lg, dpt follow kte sebut pon dh ok

:-)

Saturday, October 20, 2012

Eggless Butterless Chocolate Cake

Hehehe.. Dek kerana melayan anak yang minat kek. Habis semua jenis kuih raya pon die panggil kek. Maka Mai buatkan la kek untuk Luqman hari ni.. Tapi check2 fridge, telur tinggal sebijik (almaklumla dh nk smpi weekend ;-)) Maka, meng'google' la resipi untuk buat kek tanpa telur (eggless cake). Memang tau kewujudan kek ni, sebab Mai ade join support group for eczema dan homemade solid food for baby. Biasanya kek jenis ini sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan dengan telur. Cumenye dahulu saya bukan seorang yang rajin mem'baking' dan memasak makanan yang menunya kebiasaan terpampang di menu restoren2... hihih.. tetapi dek pembawakan anak syurga yang berada in my womb ni... saya sekarang semakin rajin, mem'baking', memasak menu sedap-sedap (walaupun hasilnye x berapa sedap), menjahit dan mengemas.. huhuhuhuhu

Wah, byknye cerita.. ok.. stop. ni mai share menu yang mai ambil dari blog Along HomemadeKreation

Mai ade olah beberapa ingredients mengikut mood harini.. hehehe

Bahan-bahan (ingredients colour purple ni yang mai tambah, okay)


1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar serbuk koko 
1 sudu kecil golden syrup
¼ cawan susu segar
¾ cawan gula castor
¼ cawan kopi panas (1sudu serbuk kopi dlm ¼ cwn air) – ganti ngan 1 sudu kecil sunquick orange
1 sudu esen vanilla
½ cawan minyak jagung
¼ cawan yougurt (1 calci-yum :-S curi luqman nye hehehe)

Cara-cara
Mix bahan semua sampai sebati
Pre-heat oven 170C dalam 10 minit.
Bakar 30minit.
Siap.... :)



tp byk ni je la yg mai dpt buat.. ekekeke.. dh tggl berapa ketul je pon sbb dak kecik ngan abah die dok ngadap. :P 

Thursday, October 11, 2012

Bubur daging






Ni menu tghr utk org sakit. For LUQMaN N MaMa. Hihi. Seb bek luqman berselera nk mkn. Mama je kureng berselera sket ;-)


Saturday, September 29, 2012

Alhamdulillah nikmat sihat setelah sakit


Assalamualaikum rakan2 blogger sekalian.

Mai rse syukur sgt2 sbb abah Mai dah sihat. Hampir 2 minggu abah sakit, xsenang duduk,x lena tido, keluar masuk hospital selayang sebab sakit kat bhgn pinggang belah kiri. Akhirnya abah buat keputusan yang tepat. Pergi checkup kat hospital pusrawi dan di sahkan ada batu karang yang menghalang air kencing sehingga menyebabkan saluran darah dah membengkak. Dan alhamdulillah semua diselesaikan dalam masa satu hari. Abah dioperate tghr jumaat itu juga dan semua berjalan lancar.

Hari ini abah dh boleh keluar. Melayan cucu2 dan mampu tersenyum. Syukur ya Allah.

Tapi Mai ralat sangat sebab dah 2,3 kali abah pergi hospital selayang, tapi mereka tak mampu detect sakit abah. Ralat kerana tak tahu mengapa mereka tak refer pakar? Tak buat further checkup. Abah hanya di periksa oleh pelatih muda, check air kencing, xray. Huhuhu sedeh sangat.

Terima kasih buat kakitangan pusrawi esp doc abd rashid, doc2 lain yang terlibat dan juga nurse2 yang membantu. Syukur ya Allah :-)

Sunday, September 23, 2012

Aktiviti untuk si kecil dengan modal rendah









Magnetic alphabet ni Mai beli kat Tesco. X silap Mai harganya rm7.90. Time lalu tadi dalam kepala Mai dah dapat 3 aktiviti untuk Luqman. Tapi perlu spent lebih masa untuk dia master aktiviti ni.

Mai share kan aktiviti ni mana tau blogger lain boleh try apply. Tapi perlu ingat, jangan frust dengan output anak syurga anda ya! Hehehe tarik nafas panjang2. Tadi pun Mai dok menahan sabar je, lain yang ku ajar lain plak yang die minat buat. Hihihi

1. Ajak anak susun setiap huruf kat fridge anda(tak kisah in order atau tak). Konsep dia supaya anak kenal huruf. Kalau die tak kenal, boleh pura2 letak tangan anda kat hruf tu, insyaAllah bila dia dah kenal dia bole susun sendri.

Luqman xde prob utk kenal huruf, tp for the first time die mcm tgh nk belajar mcm mana nak cari huruf yang kita nak di sebalik huruf2 yang banyak tu. :-) itupun perlu skill ye ibu2 sekalian. Hihi

2. Selepas susun, pasang lagu ABC dalam simpanan anda. Boleh download kat youtube, ade banyak. Sambil nyanyi tunjukkan, satu2 huruf kat fridge tu. Kalau tak de alphabet ni boleh ganti dengan flash cards atau kad ABC yang besa yg wat tampal kat dinding tu atau pun mummy tuli sendri kat A4 paper.  Aktiviti ni Mai baru dapat semalam, time browse psal child activity kt google. Next post nanti Mai sharekan link web die ye. Malam ni online kt hp je ;-)

3. Bila anak syurga anda dah pandai eja nanti, boleh main Spell it right. :-) sebut word and anak anda eja. Yang ni Luqman belum pandai leh try next time pulak :-) Tapi aktiviti ni menarik untuk lekakan dia time kita tgh masak. Kalo tak die pun nak menolong skali. Huhuhu

Thursday, September 20, 2012

Maksud nama anak


Assalamualaikum..

Hari ni Mai nak share 2 nama yang Mai jumpa time go through buku nama pagi tadi.

2 nama ni hanya berbeza 1 huruf dalam jawi, tapi jika salah sebutannya boleh membawa maksud yang bertentangan. Ya, kalau setakat berbeza ok la lagi,kan. Tapi yang ni bertentangan. Huhuhu

Dhaniyah (bermula dgn dhot) > yang bertambah mutu

Daniyah (bermula dgn dal) > yang lemah dan hina

Zalilah (bermula dengan dzot) > kebun yang redup

Zalilah (bermula dengaj zal) > yang hina

Na'uzubillahi minzalik. Ni ejaan yang mai dapat dari buku tu. Pendapat mai, kalau nak juga letak 2 nama ini, ejaan rumi kena exactly sama macam dalam jawi. Cth: kalau dhot = dhoniyah, kalau zhot =zolilah.

Seriously rse riso untuk kita yang x pandai arab. Huhuhu. Ni br terjumpa 2 nama, mesti ada byk lagi yang mcm ni kan?

Harap bermanfaat.

Monday, September 10, 2012

Setiap kandungan dan kelahiran itu unik

Fakta 1: Setiap kisah kelahiran dari mula janin terbentuk sehingga lahirnya khalifah di dunia ini, mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Fakta 2: Si ibu redha, pasrah dan bertawakkal kepada Allah dengan risiko-risiko yang diberitahu oleh doktor sekiranya terdapat sebarang komplikasi.


Ya Allah, Engkaulah tempat ku berharap.......

Monday, September 3, 2012

Budak berambut baru



Hehe. Gmba ni fresh from oven. Muahaha. Empunye bdn pn lom tgk lg. Hasil tgn mama nye. Kalo encem leh wat lg len kali,beli mesin gntg rmbt pn mcm ok gak kan. Huh berangan.

Sebenarnye dh rimas tgk luqman dgn rmbtnye yg pnjg. Serabai,serabut. Anak lelaki kne smart,xleh selekeh2. Huhu

Posted via Blogaway

Saturday, September 1, 2012

#Folic acid taken before pregnancy


The reason why woman are advised to take folic acid before pregnant:

Neural tube (will later become the brain and spinal cord) are formed at 3rd weeks after conception and closure at 4th weeks. During that time women do not find out that they are pregnant. Failure of neural tube to fully close will cause miscarriage or birth defect (spinal bifida)

Posted via Blogaway

Friday, August 31, 2012

#Babies use coincidences to draw conclusion about cause and effect


Kebiasaannya,anak2 yg sudah memahami bahasa, sama ada boleh berckp atau memahami arahan (2 tahun ke atas),berupaya menguasai kesan dan akibat dari setiap perbuatan yang dilakukan.

Experiment yg dilakukan ke atas bayi yg berumur 3bln bagaimanapun membuktikan mereka mampu menguasai skill ini seawal usia mereka

Experiment: hp digantung di atas katil bayi dgn ribbon dan hjg ribbon diikat di salah satu kaki bayi. Setiap kali bayi menendang,hp akan bergerak. Bayi seronok dgn permainan ini berbanding hp yg sama tetapi diluar kawalan mereka. Selepas beberapa ketika,mereka byk menendang. 3 hari kemudian mereka masih menendang apabila mereka melihat hp yg pertama walaupun tiada ribbon diikat pada kaki mereka.

Bayi2 ini belajar bhw menendang adalah tindakbalas untuk menggerakkan hp (kesan)

Amazing kan?

Posted via Blogaway

Thursday, August 30, 2012

HAndMaDE: Sarung bantal Ikea & Nursing pillow






Sronok arini,spent sehari suntuk kt umah mak. Siap hangkut mesin jahit turun naik rumah. Hehe (thanks to mr husb). Berbaloi sbb dpt siapkn 2 jenis sarung bantal ni :-) lepas ni leh wat byk2 sarung nursing pillow ni wat salin. Hehe. Thanks to mak gak sbb aja wat. Ye la pyoh gak org yg jrg jahit nk kne wat sarung nursing pillow. Pastu nk exactly sm mcm sarung asal lak tu. Hehehe

Posted via Blogaway

Welcome to your child's brain



This is my new friend, will accompany me for next few months (selagi tak khatam). My new mission to study more about children since nanti dh bertmbah ahli keluarga kami :-) Hopefully can finished it asap so that i can cont with other books in queue. Hehehe.

If ade good info while reading this book, i will share to all of you. Sharing is caring. Mari kita blajar tentang anak2 kita :-)

Location : 228-238 Jalan 3/141, Kampung Malaysia Tambahan, 57100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur,
Posted via Blogaway

Saturday, July 28, 2012

Puding roti




Hehe. tadaaaaa!! Dh siap dah!Harap2 la menjadi puding ni.

Weekend ni mood membaking dh dtg. Nak2 lepas ambk oven kt umah mak. Tamak x saya. Smpi ade 2 jnis oven kot skang ni. Haha. Satu utk roasted/grill, tp yg tu xleh baking. Aritu dh try,so seb bek ade lg 1 oven. So dapur yg dh smkn sesak tu pnuh dek peralatan msk ni. Huhu.

Note: thanks to akmar n husb n member microlink sbb hadiahkan kedua-dua oven itu. Hehe.

Wednesday, July 18, 2012

His favorite word today

Hehehe... What a happy day today!! Hari ini Mai asyik la ketawa mengekek-ngekek..
Nak tahu kenapa?? Hahaha.. Both of us dh decide nak introduce potty training to Luqman.. lewat sebenarnya.. skang Luqman dh 22mths.. Mak Mai dh soh time die 14mths dulu tp mcm bese la.. mood malas melanda..huhuhu

Nak tahu nape ktrg happy arini.. Luqman asyik sebut 'kencing'..'kencing' the whole day tadik.. hahahaha.. so funny.. Ktrg start pakaikan die spentot dlm pukul 9.30am-12pm. Dalam byk2 tu 2kali terkencing.. ade beberapa kali la dok tunggu kt toilet tp x kencing2 gak sbb die nak men air.. huhuhuhu.. alasan sbb arini pintu toilet dibuka untuk Luqman masuk sendri everytime die rasa nak kencing.. tetibe je tgk die dh msuk n main air, boleh x? huhuuh.. Kdg2 ckp nk kencing tp ble dh dok dlm tu die dh syok men air...

Yang paling tak tahan tu.. around 12pm mai pakaikan balik pampers sbb die nk tdo ptg.. so xmo la die terkencing time tdo kan.. so time die x tido n tgh pakai pampers, die leh nangis2 lagi ckp nk kencing.. hahahahah.. husband la yg rajin p cabut n bwk die g bilik air.. I? malas.. hehehe.. dh pakai pampers kencing je la dlm tu.. trok tol mama ni ;-)

So teknik yg ktrg guna ni mungkin lain dr org lain, sbb mai dh dok baca2 experience mummies yang lain, kebanyakannya bwk anak g toilet every 10-15mins. Tapi mai nak Luqman rasa sendri mcm mana nk kencing tanpa pampers. So selalu pesan kat die soh bgtau every time die nk peee... and arini dh perasan la, die akan kepitkan kaki time nak kencing.[Luqman and Mama learn a lot today!] So by that time, Mai akan lari laju2 smbil dukung die.. [oops terlupe mai pantang dukung luqman..huhuh.. rse husband pon x prasan td ;-)] then kalo die kate kencing, cepat2 bwk die pegi toilet.. So far Luqman mmg performed on his 1st day potty. Sbb hanya 2kali terkucil + dh tau mcm mana rasa bila die nak kencing sbb bila die on pampers pun as long as die x tdo.. dia tau die nak/sedang kencing.. Good Job Luqmanulhakim!!

Note: Mama tgh sronok nk shopping training pants.. best plak tgk luqman pakai spentot ni ;-) sape nk join group buy dialu-alukan.. arge wholesale pnye ;-)

Thursday, June 28, 2012

Formula Milk

Assalamualaikum.. Good morning..
hihi awal x Mai online? ekekeke.. alkisahnye xleh tdo kol 1.30 pg td, mula2 sbb nk layankan Luqman nk susu la nak air masak la.. pastu tgk pampers bocor plak, tuka pampers.. pastu die merengek2 pulak, mimpi kot.. last2 dh kol 2.45 trus bgn tgk bola.. ekekek sambil ngap ngap mkn ;-)

Readers sume... Korang perasan tak kt FB korang lately ni ada post pasal formula milk?? Datang dr sorg mummies yg jumpa paed then dinasihati utk tidak memberi100% formula milk on her 2y+ child.. Formula Milk ni dah dikategorikan sebagai processed food! huhu first time dgr ni. Ade preservatives,flavouring,addictives.. and khasiat dlm FM spt DHA n etc sume tu x menyerap oleh baby... Paed tu jugak ckp susu untuk ibu mengandung pun x elok juga consume smpi 2gelas sehari..
Byk lg details Mai dh x ingt. huhuh Sorry ye lain kali kalau Mai ingat nanti Mai paste kan ye :)
Agak mengejutkan la since kte mmg disogokkan FM sbg 1st alternative after Breastmilk.
Alhamdulillah Luqman dlm process utk weaning off. Ada lagi 3months before 2yrs. Kitorang planned mmg nk cukupkan smpi 2yrs seperti yang tercatat dalam Al-Quran. InsyaAllah tp ktrg start awal sbb Mai x setuju dgn kaedah meletak sebarang bnde kat nipple. Bagi Mai itu mcm satu keputusan drastik and lebih kepada memaksa anak untuk putus susu.. Not good for their emotional development.
Sekarang ni juz bg die freshmilk.. org2 tua sume sogokkan untuk bg sebanyak die consume breastmilk.. tapi mai rasa ini juz pelengkap sahaja.. So Mai juz bagi segelas atau dua sehari. Mai lebihkan makanan untuk Luqman. Alhamdulillah Luqman x cerewet untuk mkn sayur.. cume kena ade "Mun" aka Timun.. hehehe
Sekarang pun Luqman consume Breastmilk hanya 2 kali siang then 2/3 kali time mlm.. mmg sekarang Mai dh kembali pd time die kecik2 dulu.. iaitu bengkak susu.. huhuh.. tp xpe la for his own good, Sabar je la :)

Blog post ni selingan je.. actually tgh googling psal fresh milk.. saje nk tambah ilmu, mane tau ade good info. Hehehe.. sorry ye dgr ai merapu pagi-pagi ni.. :) Lepas ni Mai wat post psal Freshmilk plak ye :)

Wednesday, June 20, 2012

Suami saya sangat rajin!


Muahahaha. Ntah pape ntah status arini. Alkisahnya semalam....

Lepas subuh smlm,rase ngantk sgt maka sambung la tido. Time tgh mamai2 tu nmpk en husb angkut bekas bj kotor Luqman. Ok la,dlm hati bagusnye :-) Hari sblm tu mai mmg ade sbut nk bsuh bj bdak bujang ni tp x smpt bsuh dek layan cte korea "Feast for the Gods". Hehehe

Lepas en husb g keje, dgr lagi bunyi mesin bsuh. Wah bsuh 2 round! Bgusnye sok luse xde la nk kejar2 bsuh bj. Siap je basuh, nk g jemur baju2 tu. Mai sgt terkejut tgk tudung I dlm mesin! Uwaaa :'( Awning dh kemot2!  rase nak nangis. Tdg baru lak tu. Huhu. Tp xde la terasa nk mrh en husb pn. Die dh ckup baik dh nk bsuhkan bj Luqman. Selalu die bsuhkan bj ktrg je kalo rajin :-) and mmg slh sndri pn. Mmg tdg yg nk bsuh tu dlm bkas bj kotor Luqman. So hanya Mai la yg tau cane nk handle,kan. Huhu

Terima kasih, sayang! Mai nk tdung baru ye! :-P

Saturday, June 9, 2012

8 June 2012

Semoga kita berjumpa lagi tok aki. InsyaAllah,kte semua pasti akan ke sana. Ya Allah,sungguh tak tertahan air mata ni saat hati mengungkapkan kata ini.
Dulu walaupn jarang berjumpa,tiap-tiap kali bertemu dan berpisah kucupan buat kedua-dua pipi tok aki membuahkan rasa bahagia. Di saat tok aki sakit,kucupan yg penuh harapan agar tokaki dapat kembali sehat seperti dulu. Tp kucupan terakhir utk tok aki ptg tadi menambahkan sebak di dada.
Sesungguhnya kematian orang yang terdekat seakan-akan ingatan yang Allah hantarkan kepada kita semua bahawa hidup ini sementara. Kesibukan dunia dgn kerja dan keluarga membuatkan kta sering alpa. Ya Allah ampuni diri ini. Permudahkan lah kematianku nanti. Semoga tokaki berbahagia di sana.

Salam sayang dari cucunda mu.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 3, 2012

Door gift

Assalamualaikum... before nak bersiap2 nak ke muar menghantar rombongan meminang sepupu husband, sempat lagi browse blog yang dah lama tak buka.. mengunjungi rakan-rakan blogger pastu rindu plak nk create entry baru..So ada masa lagi 2-3 jam, Mai nak share job baru saya..:)

Untuk member2 rapat msti tahu mai ade jual kurma, air zamzam and produk-produk lain dari negara timur tengah. So far hot selling adalah kurma ajwa atau biasa kita kenal dengan kurma nabi. Memang walaupun agak mahal, tapi kurma ni sentiasa ada peminatnya tersendri, lebih-lebih lagi bagi untuk tujuan kesihatan.

Dalam 2 bulan sebelum ni, Mai saja-saja terfikir idea untuk jadikan kurma sebagai door gift. So, gatal-gatal tgn wat sample and iklankan. Alhamdulillah 3 minggu lepas dpt call dr satu pasangan ni, nak wat door gift untuk hari bahagia mereka pd 17th June 2012. Mintak mai buatkan door gift yang murah2 dari kurma. And Alhamdulillah, dgn sokongan dan bantuan husband and my family dpt cari quotation spt yang psgn tu mahukan, and family mai smgt nk siapkan awal packagin tu. Suke sgt!! Next week nk deliver barang kt customer. Semoga dipermudahkan urusan kami.

Ni pic sebahagian daripada 1300pax kurma yang telah disiapkan. Tq so much to neny and partners.. Semoga order ni membuka lagi by rezeki lagi untuk Mai dan family. Suke bangat berniaga mcm ni.. hehehe


Untuk door gift ni, mai penuhkan bekas ni dgn Kurma dari UAE (Naghal)
dan Kurma dari Egypt (El-Waha)

Friday, April 27, 2012

Luqman's Wall Drawing

Luqman time rajin.. khusyuk die menulis...


Tapi bila die dah bosan, tmpt tulis die bkn kat buku lagi... jauh tersasar... hihihhi
tgk kt bwh ni, segenap ruang dh penuh dgn lukisan die.. hihih.. time tulis tu siap ckp lagi.. 'ball' 'apple' hehehe tp x nampak pon rupe ball/appel.. ape2 je la Luqman


Note: Sesaje nk smpn moment ni, tu psal ambik gmba.. nanti2 die dh besa leh tnjk bakat die hehehe :)

Wednesday, April 18, 2012

Makanan Khas untuk anak kurang berat badan

Mesti ramai mummies blogger yang memang beli Pa Ma setiap bulan.. Husband selalu tlg ingatkan untuk beli Pa Ma, siap klo miss certain bulan dia akan cr kt magazine yg ade stok lg.. and bwk la smpi 2/3 mag Pa Ma sekali.. huhuh.. Memang Mai rajin baca, tp tu la sometimes ade miss atau x perasan.. atau bile dh baca, tak ambik port sgt maybe sbb time tu belum guna utk Luqman's growth..

Tadi, tetibe selak2 mag lama2...jmpe this part. Actually, time checkup luqman after 1y, biasa la nurse akan bising sbb child's weight lps 1y mmg naik sikit.. Luqman naik dlm 0.1kg.. so chart die x cantik la.. tapi Luqman still dalam berat yang ideal. Nurse selalu pesan, masak lauk lemak putih, nasi goreng planta, mknn goreng.. sbb nak kasi sumber minyak dan lemak pd bdn anak. Sumber yang penting untuk naikkan berat anak ialah: protein, dan karbohidrat.

Ni additional info Mai dpt time selak mag td. (Rasa dh baca abis, tp bile bce info ni, rse mcm baru 1st time jumpe..adoi la..)


  • nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak
  • roti mestilah dihidangkan bersama mentega,keju dan mentega kacang
  • biskut cracker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang
  • susu kosong ditambah dengan serbuk coklat
  • telur rebus dihidangkan bersama mayonaise, keju dan mentega
  • kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega
Petikan Pa Ma (Feb 2012)

Thursday, April 12, 2012

Percayakan Anak anda

Assalamualaikum

Dulu Mai ade beli Set Read Easy, mai share kat entry ini <sini> So untuk permulaan, dalam 2-3 minggu, Mai keluarkan buku 1, aja C (sebut 'keh'), A (sebut 'ae'), T (sebut 'teh'), B (sebut 'be') n O (sebut 'o'), setiap hari just bacakan untuk Luqman, and after 1w, die siap bwkkn buku tu x kire masa.. tunjukkn page untuk dibacakan..
-1w Luqman just boleh sebut C=keh and cat=ke' (keras sket lidah die.. nk wat cmne lom leh ckp pon lg die.. hhihihi)
-2w Mai tinggalkan satu words utk tiap2 huruf C,A,T,B,O utk luqman sebut sendri..so dpt new words la.. A=apple, B-ball,C-crayon (tp sebutan die kelaka), T-tin,O (die sebut 'O' semula..hihih ntah pape)

Mai xde set/limitkan improvement die.. so its up to him untk blaja.depends pd penerimaan die.. so lps 3-4w.. saje nk kua kan book 2.. aja N,M,P..mai pon x ingt dh ape lagi kandungan buku tu sbb yg ni baru je bukak..
New improvement, luqman boleh sebut N bila bukak page N pastu sebut Peh bila bukak page P, sebut 'EM' bila bukak page M. Alhamdulillah, really amazing!! Lps tu beli manilakad utk lekatkan flashcard yg ade dlm set tu. Flashcard die nipis bangat tu psal lmbt nk introduce kan kat Luqman.

Satu lagi bnde amazing yang Luqman buat.. 1st time tunjuk die flashcard, luqman dpt sebut C,T,O,B,A,M,N...
tanpa tunjuk pd buku... kirenye luqman dh kenal huruf2 ni la.. Then mai pakai baju UMBRO, agak besa gak tulisannya..kemudian tanpa disuruh, luqman sebut 'a' untuk U, 'em' untuk M n 'o' untuk O...  :)

Alhamdulillah..rse sangat kagum dgn betapa otak anak-anak ini ibarat span. Rasa bersyukur sebab ade di sisi Luqman untuk mengasuh, mendidik nya.. Selepas husband Mai tgk improvement Luqman, sekarang tanpa disuruh2, die pon akan layan Luqman baca buku tiap2 kali Luqman bawakkn buku kt die.

Mai akan continue aja Luqman membaca.. tapi matlamat utama Mai xkn dilupakan.. Mai mahu ajar Luqman supaya hafiz Quran. Biar Quran dihatinya. Sebelum ni just dengarkan Luqman 30juzuk terakhir al-Quran, and mmg x harapkan impak segera sbb die belum reti cakap lagi. Tp lepas tgk bagaimana pengajaran interaktif boleh membantu, Mai baru je beli Muqaddam bergambar dan set cepat baca Quran - Furqan.

InsyaAllah, mudah-mudahan Luqman dapat menjadi Hafiz... x kisah Luqman besar nak jadi ape nanti.. Doktor,engineer, atau apa pun, tapi biarlah menjadi doktor yang hafiz,engineer yang hafiz.. InsyaAllah

Ya Allah, semoga makna nama Luqmanulhakim dapat menberi manfaat ke atas hidup anakku. Aminnn...

Wednesday, March 28, 2012

My new gadget

Introducing my new lovely gadget arrived home @ last Thurs 22 March.. hihihi
tp pg ni br dpt bukak/pegang/belek.. Penat berkenduri lom abis lg.. huhuh..


1st try utk Mai yg tgn bangku ni.. not bad for me.. hohoho.. project 1st dh nk siap.. hihihih.. pg2 pas subuh dh menelek bnde ni.. yela kan si bujang tu tgh tdo, tu la time terbaik nk menjahit. Lps die bgn mmg kirim salam la... :)


Wednesday, March 21, 2012

Saya nak menjahitttt!!

hehehe.. saje nk menjerit kat blog :)

Sunday, March 18, 2012

Kastard Jagung

Assalamualaikum

Pepagi buta mengupdate blog ye.. hihih.. Mai br lepas siap wat kastard jagung.. besa la, sok nk melepak kat umah mak.. so kne la bwk sarap.. al maklum la..anak teruna cilik ni kuat mkn.. hohoho.. So td dh mintak kat mak resipi nk wat kastard jagung ni, kne la trus update blog.. klo x alamatnye sok luse klo nak buat lagi kne la kol lagi.. hihihhi

Ni resipi turun temurun.. tp I suke-suki modify sbb x ckup bahan.. hihih

1 cawan tepung kastard
1 tin jagung manis dlm tin
gula pasir - ikut citarasa.. (mine 1/2 cawan - 3/4 cawan sbb rsenye jagung tu dh manis, xmo manis2 sgt)
5 sukatan cecair (mak pesan 2 cawan santan + 3 cawan air, tapi kt umah santan ade satu kotak kecik.. huhuhu kne smpn utk emergency jdnye dpt 1cawan susu cair + 1 cawan susu segar luqman.. hohohho)

Cmpur sume kecuali jagung manis, dgn api slow and kacau sentiasa.
Bila sume nye dh likat (mak ckp smpi mendidih mcm gunung berapi, hihhi harap korang paham) baru masukkan jagung tu.. kaco kjap dlm 5-10minit. then siap!! :)
Sejukkan.. pastu klo lapo sgt mkn je la..


Wednesday, March 14, 2012

Makna Ramadhan

Ramadhan

maksud dari segi syaraknya bagi Muslim:
the ninth month of the Muslim year, lasting 30 days, during which strict fasting is observed from sunrise to sunset

maksud dari segi bahasanya dalam Arabic:
the hot month, from word ramad dryness

Ramad
[Arabic Ramadan, from ramad, dryness, from ramida, to be scorched; see rmd in Semitic roots.]

Scorched
  1. Burn the surface of (something) with flame or heat.
  2. Become burned when exposed to heat or a flame.


Kesimpulannya: Ramadhan maksudnya panas. Itulah maksud sebenar Ramadhan.. tadi penyampai tanya maksud Ramadhan..blur..abis kelas trus stadi dengan pakcik google.. [Time ni terasa nak beli Kamus Arab pulak :) ]

Reference: Freedictionary

Tuesday, March 13, 2012

Lakukan apa yang kita TAHU

Lately ni, saya byk terfikir.. bukan ape, sejak join kelas Al-Quran baru-baru ni, byk perkara yang diorang dh bangkitkan yang membuatkan saya byk terfikir...
Hampir keseluruhan perkara yang saya lakukan, datangnya dari ajaran ibubapa dan sekolah.. kemudian dilakukan setiap hari tanpa cukup ilmu itu.. korang faham x eh? LEbih kurang mcm ajaran turun temurun la... Bila keluar isu baru-baru ini, solat hajat sebenarnya bukan sunnah Rasulullah.. Mai rasa lagi banyak kemusykilan yang Mai kena belajar, dengan Al- Quran la semestinya..Contoh simple: Bila beraktiviti dengan dimulai Bismillah, Alhamdulillah dan pelbagai kalimah Allah, kita sebut tanpa sedari dan hayati maksudnya.

Cuba korang tanya diri korang, (sesi muhasabah diri)
1) berapa kali kita syahadah hari ni?
2) bila waktu kita syahadah hari ni? Time solat je ye?
3) Pernah dengar tak jumlah ayat al-quran 6666. Betul? pernah kira sendiri?
4) sudah BACA Al-Quran hari ni? Baca sahaja atau fahami?
5) Umat Islam wpun berdosa akan tetap masuk syurga..mksdnye lps dihukum di neraka kita akan dimasukkan ke syurga kembali. Betul ke?

Cukup la 5 soalan ni.. cukup buat saya tersedar, kekhilafan diri. Orang cakap 6666, sya pun percaya. Dari kecil ibubapa ajar al-Quran, saya pun berbangga dapat khatam tiap-tiap tahun. Tapi sebenarnya saya x tahu apa yang saya baca, apa yang Allah cuba sampaikan..Bila dah baca tafsir, sometime sy baca sekali lalu, tetapi bila ayat tersebut dibacakan, saya tertanya ' kenapa selama ni saya x perasan pun ayat ni?'.


17:36 (Surah Al-Israk)
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakikannya.

untuk lebih faham: bce plak terjemahan English (Mohsin Khan)


And follow not (O man i.e say not, or do not or witness not, etc) that of which you have no knowledge (e.g saying "I have seen", while in fact he has not heard). Verily! The hearing, and the sight, and the heart, of each of  those you will be (questioned by Allah).

Note: Ayat ni lagi terkena kat diri sendri, bab-bab suke menceritakan hal-hal orang yang kita dengar dari mulut ke mulut tu..tu dengan manusia..cmne plak setiap ibadah ni? Ya Allah, byknye dosaku....

Mari kita berubah menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

Note: Harap tak terguris mana-mana insan yang membaca. Mai hanya menyampaikan apa yang diajar. Mudah-mudahan terlekat kemas dalam ingatan Mai, dan dapat amalkan untuk mendidik anak-anak kelak. Amin :)




Wednesday, March 7, 2012

Elakkan KUNING aka JAUNDICE

Terasa nk wat entry ni lepas bce post kt group FB, ade kematian baby 2mths sebab kne jaundice sejak lahir baru-baru ni.. sob sob sob.. Semoga keluarganya tabah dan semoga Allah lindungi anak-anak kita. Aminn....

List kat bawah ni tips-tips yang other mommies pernah dengar/amalkan untuk mengelakkan bayi jaundice selepas dilahirkan. (taken from a FB group).

  • kurma
  • bendi after 7mths of pregnancy
  • air kelapa  after 7mths of pregnancy
  • asam-asam
  • air kelapa  after 7mths of pregnancy
  • air glucose grape start from 9mths of pregnancy
  • junk food / contains MSG
  • grapes
  • kencing manis time preggy, sbbkn kuning ssh nk turun
  • BIG NO to susu kambing for newborn (prnah ade case kematian pd newborn yg minum susu kambing, even 1 sudu je..huhuhuuhu..)
  • parents blood type = O
  • air kundur yeos = 1/2 spoon jek

Note: sape2 ade tips-tips lain dialu-alukan untuk share ye. do drop ur comment below. Nak share pon boleh, kredit kan je kt Mai. heheheh TQ  :) 

Promo skettt: sape minat nk order kurma pon boleh.. list leh tgk kt SINI. 

Tuesday, March 6, 2012

Tafsir Al-Quran kepada kita

Assalamualaikum,

Entry kali ini, Mai nak sampaikan pesanan/ingatan. Saya bukan orang bijak pandai apatah lagi alim ulamak. Tapi rasa bertanggungjawab nak share 1 ayat Quran ni.

Surah Ad-Dukhaan, ayat 58 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami mudahkan Al-Quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran"

Seriously kita dibesarkan dengan pentingnya membaca Al-Quran, sehingga apa yang kita amalkan sehari-hari ialah membaca tanpa tahu maksudnya.
Harap-harap rakan-rakan dapat hayati dan ambil iktibar dari ayat ini. Tak perlu explaination yang panjang untuk ayat ni. Ia sudah terang nyata, Allah telah tunjukkan: untuk mendapat ilmu perlu baca tafsir nya mengikut bahasa sesuatu kaum itu, dan bahasa kita? English? Melayu? Tepuk dada tanyalah selera masing-masing :)

Wallahualam

Monday, March 5, 2012

Luqman's new learning tools


Pagi2 bute mama dh bgn nk siapkan luqman nye study corner ;-)


New cd's n buku bacaan luqman. Hasil rembatan di Ekspo Buku Islam kat Putrajaya. Ade byk lagi ktrg beli smlm.. tp ni je yg smpt bukak sbb nk trus guna.




Sorry eh gmbo senget benget.. upload dari enpon, haruslah x reti nk edit kan.. hihih. Alrite, nk blaja plak cane nk mengajar luqman karang... daaaa... :D

Ni pendapat Mai: Saham terbaik untuk dilaburkan adalah untuk anak2. Pelaburan ini, orang x nampak sangat sbb die bukan bentuk fizikal mcm wang ringgit atau harta kekayaan. Ianya terlihat dengan kelakuan dan tingkah laku anak-anak sesudah dewasa. Lama kan? Kalau panjang umur boleh la kita lihat hasilnya. Kalau ditakdirkan umur pendek. Biarlah anak-anak sentiasa amalkan apa yang kita ajarkan tu. Saham Akhirat untuk kita. :)
Biarlah orang cakap Luqman kecik lagi, cakap pon lom pandai lg (Mai rse Luqman kategori lambat bercakap, sbb based on some kids around age ni dh boleh gak ckp eventho pelat.) Mai still akan continue give byk input utk Luqman absorb.

Seriously kids can absorb. Mai dh try, selalu bacekan buku kat dia.. then 1 day, try soh die cari blk buku tu. Caranya: sebut mana2 ayat dalam buku tu, die akan bwkan buku yang btul. Korang try la :) dh try 2-3 books n luqman mmg bawakan buku yang btul. and seriously mai pon dh hafal crite tu sbb ari2 dok bce kan kat die.. siap bleh bcekan smbil online lg.. hohohohoh..

Method yang Mai tgh try: e-Flash Card ABC n 123- thru telepon je sbb Mai mls nk buat.. hihihi
Video2 dari youtube, ABC,123,lagu2 kanak2, alif ba ta,iqrak,zikir2
baby whisper (time nak tdo: dendangkan ayat2 al-Quran, n some classical musics) - Mai plan nk die hafal al-Quran earliest as he can. Xmo paksa-paksa but Mai tau all kids can do it kalau kita dengar hari2. InsyaAllah parents pon akan menghafal gak kalau kte dengar tiap2 hari :)
Semoga Luqman membesar sebagai anak yang soleh, yang taat kepada Allah, Rasul dan ibubapanya serta membantu sekeliling dengan Islam. Amiiinnnnnn
posted from Bloggeroid

Thursday, February 23, 2012

Perginya permata ayahbonda Faris Nur Daniel

Salam,
Ingat tak previous post psal adik Faris Nur Daniel tu? Hari ini berita sedeh, adik Faris dah pergi menghadap Pencipta Yang Maha Kuasa.. "Daripada Allah kita datang Kepada Allah jua kita kembali..."
Sedih, memang sedih.. sebab Mai follow wall ayah Faris ni semata-mata untuk tahu perkembangan terkini anaknya.. huhuh
Terasa terpukul dengan kes mcm ni, anak adalah pinjaman Allah..bahkan suami,ibu bapa, ahli keluarga..semuanya hak Allah. Kita siapa untuk menidakkan takdir sekiranya Allah lebih menyayanginya.. Sekarang terasa lebih menghargai orang sekeliling sbb kita tidak tahu siapa yang akan pergi dahulu. huhuhhu..

Hikmah? Yakinla setiap perkara ada hikmahnya.. Ibu Faris hamil 2bulan, itu juga adalah rezeki, Allah ambil permata yang disayangi, diganti pula dengan permata yang lain. Mudah-mudahan ibubapa Faris tabah, kuat semangat dalam membesarkan anak-anaknya. Huhuhuh.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, dari blog Mazidul Akmal, kata ayah Faris sumbangan dari orang ramai sudah dapat mencukupi untuk menampung rawatan perbelanjaan Faris. Semoga Faris pergi dengan tenang. Alfatihah :-(



Wednesday, February 22, 2012

Grilled Salmon ~~ and the benefits to you

Grilled Salmon Recipe - taken from Ginger Salmon Marinade Recipe The $5 Dinner Mom Cookbook and modifed to make my own recipe (Chewah,leh jd chef mcm ni siap leh modify resipi lg ngehngeh)

Salmon satu potong jek utk 3 org mkn (2 adults 1 toddler) lbih krg besa pic ni
Salmon tu wat fillet ye.. hiris nipis, potong kecik -org kate lebih sedap bila potong kecik
Halia tumbuk
Black pepper tumbuk gak (I suke original blackpepper rather than serbuk. so kalau xmo tumbuk gne serbuk je pon bole)
Lemon, takyah byk2..
Garam
Kicap soya

campo je sume dlm satu bekas, marinade dlm fridge dlm 10-30minit... lg lme lg sedap la ye :)
Time nk grilled ni, kalau xde grilled pan pakai frying pan pon boleh.. letak minyak sket je ye.. Mai letak mentega dalam setengah sudu je.
Fuhh sdap gler mkn tghr td, lwn dgn sayur cmpo goreng..western abis.. theme lunch td **health food for child and his parents..ekekekek**

Skang nak share benefits salmon taken from Cheap.Fast.Good cookbook.. (senyum je cik abe tgk i guna buku-buku yang die beli tu ;-))

  1. Sumber protein yang baik.
  2. Mengandungi Vitamin B6, B12, asid amino,iron,niacin,riboflavin,zink,magnesium dan fosforus
  3. Kaya dengan asid lemak omega-3 yang berupaya 
    • untuk merendahkan kandungan kolesterol
    • mengurangkan kelikatan platlet darah (fuh betul ke x translation ni eh "reduce the stickiness of blood platelets")
    • rumusan utk kedua-dua point ni: mengurangkan risiko sakit jantung
  4. Beli salmon dlm tin **fact that farmed salmon contain dangerous level of cancer-causing polychlorinated biphenyl (PCBs) rather than wild salmon. So canned salmon caught in the wild and lg murah.. wohoooo.. i br tau ye fakta ni.. dlu time Luqman 6m+ every week msti beli ikan ni.. huhuh.. leh suggest kat hubby ku cenggini.. risau gak. hopefully info di atas berguna utk korang :)

Monday, February 20, 2012

Sumbangan untuk Faris Nur Daniel

Salam...buat semua follower Page dan Blog MysaKidsCloset... Mulai hari ini, saya dan MysaKidsCloset ingin mengumpul sumbangan untuk adik Faris Nur Daniel. Setiap pembelian barangan kami mulai hari ini sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak, sebanyak RM2 akan disumbangan ke tabung Faris.. InsyaAllah mudah-mudahan walaupun kecil sumbangan MysaKidsCloset, tetapi dapat mengurangkan beban/derita yang ditanggung oleh ibu bapa dan keluarga si cilik ni...

Untuk makluman:
Faris, 6Y menghidap HLH (barah darah) dan kini berada di SJMC dalam keadaan kritikal. Jumlah kos rawatan sudah mencecah RM75k dan melebihi limit insurans coverage ibu dan bapanya (Jumlah coverage dr insurans parents Faris RM40k) Mereka memerlukan RM35k lagi...

Harap maklum
***jangan buat tuduhan melulu sekiranya menganggap mereka mampu sehingga warded di SJMC. Faris pada mulanya dimasukkan ke SJMC kerana pneumonia dan mendapat perlindungan insurans. Namun, dalam ms beberapa hari shaja, Faris telah disahkan HLH dan kos rawatan telah melebihi had perlindungan insurans. Ayah Faris telah merancang untuk menukarkan ke hospital kerajaan/semi namun, tidak lama selepas itu keadaan Faris kritikal dan proses penukaran sangat berisiko.    

Untuk maklumat lanjut berkenaan derita yang ditanggung adik Faris boleh ke
1. FB https://www.facebook.com/Abahko
2. http://www.mazidulakmal.com/

Mari sertai kami!!!

Saturday, February 18, 2012

Bloggeroid

Testing testing 123

Thursday, February 16, 2012

Baby Look Alike Contest by MysaKidsCloset and SeeNiceArt


Salam korang.. actually contest ni dh start almost 2w dh.. sorry lupe nak habaq.. hihi..
Sesiapa yang ada anak/anak buah yg chumelsss.. dijemput join contest ni.. hadiah berupa barangan MysaKidsCloset dan SeeNiceArt..
Like both organizer nye page FB
Juz join group contest tu di FB
Upload gmba korang bersama anak/anak buah yg chumelsss tu..
pastu invite org utk like.. 
Result based pd LIKE tertinggi + management contest nye decision..
Contest ni habis 29 Feb 2012... 
Jom ramai2 kte bercontest.. hihiih

Wednesday, February 15, 2012

Free Image Hosting

Here simple guide for new user to choose between photobucket/flickr/picasa. What you will get and the limitation. :)

Photobucket or Tinypic 



Picasa



Flickr


Note: My opinion...not satisfied with picasa... huhuhuhu.. rasa internet dh laju.. bkn broadband.. tp tiap2 kali upload image msti broken.. mau sakit kepala menahan sakit hati yg amat.. huhuhuhu

Tuesday, February 14, 2012

Wamp ~ Uninstall and set the root password

Semalam rajin nak main-main dgn wamp server.. hihihih.. pastu tnjk terror g la set root password utk mysql (default root xde password). -thru phpmyadmin. Skali abis sume messup, dgn phpmyadmin xleh bukak mysql xleh restart.. smpi kol 1 stayback dgn husband nak solve kan prb tu. Then, ngantuk decide nk reinstall blk. So pg td dok google psal uninstall wamp tu, sbb nak completely remove sume. Terjumpa forum ni, and yang bestnye siap ade step2 untuk fix kan prob root password tu.. tp, time baca thread kt bwh tu, Mai dh completely uninstall sume.. kahkahkah..

So mari kte berkongsi maklumat utk sape2 yg nk uninstall WAMP and reset root password:
Note: step ni edited version ye.. based ape yg Mai buat td. nak full step leh tgk link kt bwh :)

Uninstall WAMP
1. Exit WAMP (right click icon and exit)
2. Remove WAMP -Control Panel -> Add/Remove Program -> Select WAMP.
3. Delete C:/Wamp directory
4. Start -> Run -> Regedit (Enter)
    Find "WAMP", it will list all the program related. Read carefully ya,need to be extra careful or your system
    will be messed up. Delete the related program. You can check the file's location to make sure they are
    related to which program :)
5. Delete these 2 directories : c:/temp and c:/windows/temp

Dah boleh proceed reinstall WAMP :)

Setting Root Password
1. Start WAMP
2. Open PhpMyAdmin
3. Select Privileges
4. Click 'Edit Privileges' for user root/localhost
5. Scroll down to Change Password section, enter your password twice and Click 'GO'
6. Exit WAMP (right click icon and exit)
7. Open C:\wamp\apps\phpmyadmin3.4.9\config.inc.php using text editor.
8. Edit $cfg['Servers'][$i]['auth_type'] = 'config'; 
    and change to $cfg['Servers'][$i]['auth_type'] = 'cookie';
9. Save the file.
10. Open C:\wamp\apps\phpmyadmin3.4.9\index.php using text editor.
11. Insert this line after
      tag: include_once 'config.inc.php';
12. Save the file
13. Restart WAMP
14. Open phpMyAdmin, it will prompt username and password whenever you want to access it.


DONE!!!!


So sape yg ade prob time nak set root password, sila jgn ikut step2 di atas ye. Leh browse forum kt bwh ni, ade username stevemartin share steps tanpa perlu uninstall sume blk.. Have a nice day!!


Reference: http://forum.wampserver.com/read.php?2,38916

PC Anda running on 32bits atau 64bits?

Rasanya mesti ramai orang dpt jawab.. tapi Mai yang dh bertahun-tahun kerja-> field IT plak tu.. tiap2 kali nk check 32/64bits ni mesti tnye hasben.. bongok kan? boleh x ckp cmtu kt diri sendri.. huhuhuhu...

Ok kawan2.. sape2 yg agak kureng tau.. sile ikut sifu ni ye.. hihihih

My Computer -> Right Click -> Properties (System Type)

senang je kannnn??

Tp mai, dr belum kahwin smpi dh ade anak ni.. tiap2 kali nk install software,msti tnye hasben.. die xyah tgk.. hafal tiap2 pc/laptop kt umah ni yg mne satu 32bits yg mne satu 64bits.. huhuhhu... terkena plak td die xde.. ha, br tau langit tinggi rendah.. menanau cari cmne nk tau tu.. huhuhuhh...


Harap2 membantu walaupun satu line je yg mai share ni ;-)

Saturday, January 28, 2012

Terapi Mata


Terapi mata: Sesi merehatkan mata, setelah penat bekerja..biasanya kita lihat pics pemandangan.. iaitu gambar yang menenangkan jiwa.. tapi.. Mai nye pics yg boleh menenangkan jiwa dan mendamaikan hati ialah seperti di bawah.. hihihihi

Mari kita jamu mata...ngehngehngeh.. i suke sebenarnya nengok pics yg ade byk2 CDs ni.. rase seronok.. xtau la korang cmne.. hihihih...








Note: Sape kate dok umah apt xleh berCD? hihi.. kt tingkap pon jadi la... nak-nak time musim ujan kan? hihihi

Friday, January 27, 2012

Baby Cute Contest


Tadi dok menggugle psal pramilet..sbb ade insan nak let go die pnye.. ade lg 4months stock tu.. I yang blur apekah itu, terjumpe blog cikpuan safiyyah http://sweetlikekisses.blogspot.com/ describe psal pramilet. Thanks eh, skang dh nmpk sinar psal pramilet tu.. Sekali nmpk plak owner blog sdg buat contest since die br bukak online store.. Kita harus support bisnes sesama sendri.. wpun mai pon masih merangkak.. hihih

Jom kwn2 kte join! Vote us!! hihihi (Click banner ye :))







Participant: Maisarah Ishak
Sicumel diatas: Luqmanulhakim bin Hisham
Melihat bumi Allah pada: 1 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 10 September 2010


Mama dan Luqman dok usha-usha adiah yang best untuk contest ni:


Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL. 



Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.




Pemenang tempat pertama (baby) :

Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT


Pemenang Tempat Kedua (baby) :

Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA


Saya mau tag bloggers yg mungkin berminat.. ngehngehngeh