ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah
menggelabah atau panik, berhati-hati,
tidak mudah mengalah, pandai menjaga
diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki
dan wanita yang menyukainya. Dia juga
mudah memberi pertolongan, cergas,
berusaha kuat, teliti dan pandai
menguruskan kewangannya. Namun jika
marah berapi-api dan menakutkan, jarang
mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
Dalam percintaan, dia mencurahkan
kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia
berkorban. Seksualnya kurang membara
melainkan pasangannya pandai mencari
tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah
orang lain dan berpotensi menduakan
suami. Namun pertuturannya lembut dan
pandai mengambil hati. Apabila tidak
sukakan seseorang, sentiasa mencari
kesalahannya, hatinya keras dan sukar
dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah
dan mudah meminta pertolongan orang
lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang
tertentu saja tahu rahsianya.
Keputusannya tidak mantap dan mudah
terpengaruh. Dia juga mudah
terperangkap dalam banyak hal. Dalam
soal kewangan dia pandai berjimat, tak
kedekut. Dia rajin bekerja, ada
tanggungjawab, suka dipuji tetapi
perlukan bimbingan dan pengawasan dalam
banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat
jahat padanya, dia akan berbuat lebih
jahat lagi pada orang itu. Namun dia
pandai dalam pergaulan, pandai
mengambil hati dan pandai menghargai
orang. Suka mementingkan teman dari
dirinya sendiri. Berfikiran terbuka,
pandai simpan rahsia, tidak suka
diperintah dalam bekerja. Keputusannya
tidak seimbang, kurang pengalaman.
Hatinya keras dan tidak mudah termakan
pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang
tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari
duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela
berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik
ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain,
cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan
bersikap agresif. Rajin dan tekun
bekerja, tak suka diganggu ketika
bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh
terpikat kepada lelaki lain walaupun
sudah ada kekasih atau suami. Namun dia
tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik
dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak
tetap, mudah terpedaya dengan pujuk
rayu sehingga tak kenal antara yg baik
dan buruk. Dia pandai mengurus dan
merancang kewangan. Pada awal
perkahwinan, tunduk pada suami, akan
berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Seksualnya tinggi, jika tak pandai
mengawal nafsu boleh terdorong ke
lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya
berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka
dipuji, suka bergaul dan suka melakukan
perkara yang merbahaya dan sia-sia.
Bersemangat waja, pandai simpan rahsia,
tak suka mengaku kesalahan sendiri.
Dalam soal kewangan, bersikap boros dan
tak pandai simpan wang. Cintanya sejati
dan tidak mudah berubah, cuma
kadangkala tidak telus. Seksualnya
sangat teristimewa, menyeronokkan,
penuh kelembutan tetapi apabila dingin
tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar
dengan anak-anak, suka bertikam lidah.
Namun dia tegas pendirian, cerdas
pemikiran, teliti dalam banyak hal.
Tidak pernah berasa puas, suka
berkorban apa saja demi mencapai cita-
cita. Apabila bercinta, suka menyelidik
latarbelakang pasangan dan suka
menguji. Pandai berjimat dan sentiasa
berfikir untuk masa depan. Wanita ini
akur dan mengikut perintah suami.
Seksualnya agak dingin, tetapi apabila
bermula, seksnya kuat dan tahan lama,
tidak tergesa2 dan dilakukan dengan
kelembutan.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini
kebiasaannya sukakan kemewahan dan
menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat
pada suaminya namun suka merendahkan
kawan dan bersikap bangga diri. Dia
tidak suka dengar nasihat, mudah
terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik
orang tetapi tidak suka orang
mengkritiknya. Percintaannya tidak
telus tetapi sanggup berkorban apa saja
jika hati dah suka. Pandai simpan
rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak
mudah mengalah namun bersikap pemboros.
Rangsangan seksualnya tinggi tapi
apabila tak dapat kepuasan cari jalan
lain.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
No comments:
Post a Comment