Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Monday, January 28, 2008

Warkah buat ADAM

>Adam.....
>
>Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku
>adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian
>di syurga dahulu.
>
>Wahai Adamku....
>
>Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah
>jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
>sentiasa mau terpesong dari landasan,
>kerana aku buruan syaitan.
>
>
>Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai
>bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya
>ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika
>bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah
>manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama
>Adam bermusuhan kerana Hawa.
>
>Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada
>zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah
>undang-undang Allah yang
>mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari
>empat pada satu waktu.
>
>
>Adam...
>
>Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana
>sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...
>aku risau, gundah dan gulana
>menyaksikan tingkahmu.
>
>Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
>isterimu.
>Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
>
>Adam...
>
>Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
>adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi
>amanah untuk mendidik aku, kau diberi
>tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar
>sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
>
>Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku
>kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai
>yang telah menyimpang dari jalan yang
>ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di
>jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
>tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah
>seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
>
>Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
>
>Adam...
>
>Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu
>sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi
>sekarang diwaktu yang sama, aku ke
>muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal,
>kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada
>kerja. Kau perhatikan saja aku panjat
>tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan
>negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
>Apakah sudah hilang kasih
>sucimu terhadapku?
>
>
>Adam...
>
>Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang
>patut tanggung!
>
>Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat
>emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru
>yang tidak pandai mengajar! Adam kau
>selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah
>makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
>
>Adam,
>
>Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti
>didikan Nabi Muhammad SAW terhadap
>isteri-isterinya?
>
>Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap
>mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan
>contoh terhadap kaum Hawa?
>
>
>Adam...
>
>Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-
>pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar,
>maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah
>aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
>
>Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu!
>Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai
>dan alpa, sering aku tergelincir ditolak
>sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
>
>Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
>kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
>Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar
>aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
>
>
>Adam...
>
>Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih
>segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar
>mencegah mungkar, maka kita tunggu dan
>lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
>Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan
>pada Tuhanmu yang engkau
>agungkan itu...
>
>Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan
>ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku
>untuk membuat kau keliru apatah lagi
>menjadi buntu.....
>
>Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg
>kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu Adam...
>
>Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....
>
>ikhlas dari
>Hawa

Wanita dan unsur-unsurnya

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Baca dan fikirkan dimanakah anda.Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini.
Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia
serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenangdiri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
7) Cintanyasentiasahan gat dan memberahikan.

WANITA BERUNSUR API
1) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumahtangga.
2) Penasihatyang baik.
3) Pandaidancekap mengurus rumahtangga.
4) Pandaimenghiasdiri agar kelihatan cantik selalu.
5) Berwaspadaselalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui
segala sesuatu...

Friday, January 25, 2008

Cari perut lain =)

Assalamualaikum....

Disini saya nk kongsi skit crite yg saya dapat dari salah satu emel yg di'forward'kan..menarik dan menyentuh hati...harap boleh dibuat renungan dan panduan dlm hidup... =)

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan. ..!!


Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab kamilah. Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.


Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya. Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.


Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian.


Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa. Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.


"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.


"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.


"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.


Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..... .. Adik boleh usaha lagi."


"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai."


"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut.


"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya.


"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya menyampuk.


"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"


"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."


"Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"


"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni."


"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."


Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.


"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan.


"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak.


Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2. Saya usap kepalanya.


"Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.


Tiba-tiba tangisannya terhenti.


Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.


"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut.


Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.


"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar Kasih-Sayang, " kata saya.


Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.


"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya. "Kerana Kasih-Sayanglah Adik lahir dan kerana Kasih-Sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih-Sayang. Adik tak besar dengan duit!"


Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.


"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau. Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.


Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu... - terharu sungguh..... ..!!


Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih-Sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi, Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w.


"Wahai Muhammad, kalau tidak kerana Kasih-Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini......."


Manusia yang hidup tanpa Kasih-Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk.


"Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ......., kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "


Thursday, January 24, 2008

Seribu tahun

Dedicated to my hero: Mr Batman a.k.a Tuxedo Bertopeng

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenanglah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah kau tahu....ini cinta
Adakah engkau pasti...ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan..sedia setia