>Adam.....
>
>Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku
>adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian
>di syurga dahulu.
>
>Wahai Adamku....
>
>Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah
>jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
>sentiasa mau terpesong dari landasan,
>kerana aku buruan syaitan.
>
>
>Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai
>bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya
>ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika
>bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah
>manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama
>Adam bermusuhan kerana Hawa.
>
>Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada
>zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah
>undang-undang Allah yang
>mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari
>empat pada satu waktu.
>
>
>Adam...
>
>Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana
>sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...
>aku risau, gundah dan gulana
>menyaksikan tingkahmu.
>
>Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
>isterimu.
>Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
>
>Adam...
>
>Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
>adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi
>amanah untuk mendidik aku, kau diberi
>tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar
>sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
>
>Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku
>kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai
>yang telah menyimpang dari jalan yang
>ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di
>jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
>tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah
>seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
>
>Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
>
>Adam...
>
>Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu
>sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi
>sekarang diwaktu yang sama, aku ke
>muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal,
>kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada
>kerja. Kau perhatikan saja aku panjat
>tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan
>negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
>Apakah sudah hilang kasih
>sucimu terhadapku?
>
>
>Adam...
>
>Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang
>patut tanggung!
>
>Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat
>emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru
>yang tidak pandai mengajar! Adam kau
>selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah
>makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
>
>Adam,
>
>Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti
>didikan Nabi Muhammad SAW terhadap
>isteri-isterinya?
>
>Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap
>mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan
>contoh terhadap kaum Hawa?
>
>
>Adam...
>
>Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-
>pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar,
>maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah
>aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
>
>Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu!
>Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai
>dan alpa, sering aku tergelincir ditolak
>sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
>
>Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
>kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
>Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar
>aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
>
>
>Adam...
>
>Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih
>segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar
>mencegah mungkar, maka kita tunggu dan
>lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
>Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan
>pada Tuhanmu yang engkau
>agungkan itu...
>
>Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan
>ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku
>untuk membuat kau keliru apatah lagi
>menjadi buntu.....
>
>Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg
>kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu Adam...
>
>Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....
>
>ikhlas dari
>Hawa
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
No comments:
Post a Comment