Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu
tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok
yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor
cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat
pada sebatang paku.
Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata
paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama
kali dibina.
Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan
terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun,
tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk
akal.
Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama
10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!
Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu,
apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian,
tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan
di mulutnya.... AHHHH!
Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain
yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.
Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan
pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat
dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.
Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti
memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan
yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.
Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir
tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara
lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi,
akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi
tak peduli sejauh apa jarak di antara kita, berusahalah semampumu untuk
tetapdekat dengan orang-orang yang kita kasihi.
JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
No comments:
Post a Comment