Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Friday, September 3, 2010

Tanda-tanda hampir bersalin

Sorry la, asyik2 post berkaitan psal bersalin jek ek skang ni...huhu.. yela.. this week dh capai 39 weeks...due date seminggu je lagi.. untuk xmo kene panic state nnt, makanya mai pon wat la beberape reading thru Google...


Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (sakit,nk2 time nk bergerak,berjalan...kesimpulannye sentiasa sakit...termasuk la sakit kat perut bhgn bawah)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing. (untuk bulan pose ni,kekerapan tu x rse sgt sbb rsenye asik buang air kecik same mcm time x pose... kire kerap gak r kot ;))
  • sakit perut, memulas (actually mai x rse as memulas...tp rse perut mengeras,tp sakit...kdg2 sakit kat part2 tertentu perut,tp prnh jugak sakit smpi the whole perut tu.. waduh,x terkate sakitnye)
  • kerap buang air besar (hehe...yg ni ade betulnye,sbbnye start 8 mths,ade kesukaran sdikit buang air besar, tp ble dh ujung2 ni lawas la plak..terase kagum ngan diri sendri sbenanye.. tp ble dh tgk artikel ni...tkut pon ade...tnde2 gak rupenye. huhuh)
  • kerap terkentut (no comment..sbb rsennye mmg sy mmg mcm tu..hoho)
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. (dorg x bgtau lak warnanye, cmne...huhu..sbb skang mmg ade kua lendir, mule2 cair je, makin lame makin pekat...hmm..kurg pasti la same kategori ke x..)
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.(yg ni belom lg..so lmbt lg la kot baby mama nk kua ;-))
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
(yg ni mmg dh x leh ckp la,makin sakit skang ni,seb bek aritu pergi kelas breathing technique kat Hospital Serdang.. exercise die mmg byk membantu...n Puan tu ajar cr berbaring dgn betul.. rupenye2 kalo nk baring ade step2 die,kne mengiring dlu br la nk menelentang ke...sbb nnt x trus attack kt tlg blakang tu...baru kutahu..hehe)
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (belum lg...)
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. (skang ni Braxton Hicks je kot sbb x tetap)
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
mai jumpe kat website nih: http://ratuhati.com

Mudah-mudahan dipermudahkan proses melahirkan permata hati kecil ini.. Amiiinnnn

No comments: