Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Friday, July 1, 2011

Gula dalam Pemakanan Kanak-kanak

Entry kali ini psal gula dalam pemakanan anak anda. Sebenanya entry ni more suitable utk anak yg umurnya 1y++ la.. tp sebab fakta yg menarik jumpa kat PaMa. So nk jot down..utk mengingati diri sendiri for future use.. and utk share gak ngan reader sume.
Dulu yang ambik bio mesti ingat.. ade mcm2 jenis gula..gula baik,gula jahat.. ingat lagi tak? sucrose,lactose,glucose,maltase,dsb... Gula merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan tenaga yang mudah serap ke dalam tubuh kita. Gula ini pula ada 2 bhgn, gula tambahan dan gula semulajadi. Gula semulajadi terdapat dalam makanan harian. Cthnya, madu,buah-buahan,sayur-sayuran. Malahan,nasi,ikan,daging,susu juga akan ditukarkan kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. So,sebenarnya gula tambahan ni tak perlu pun. Tapi dengan bertambahnya makanan yang diproses, maka bertambah la peluang kita makan gula2 tambahan2 ni.. cth gula tambahan boleh tgk kat ingredient makanan2 tu ok. sukrosa, sirap jagung dan sirap glukosa (corn syrup/glucose syrup). Ok, habis dah sesi pengenalan pasal gula.. Fakta menarik yang mai jumpa dalam pembacaan tadi ni ialah pengaruh gula yang berlebihan ni dalam kelakuan anak-anak kira.
Yang belum jadi mak/pak pon boleh bce ye.. hehe. untuk pengetahuan shj.. nanti boleh apply bila tiba masa =) InsyaAllah.

Apabila pengambilan gula yang tinggi, di mana keadaan ini dikenali sebagai hyperglycaemi akan menyebabkan pembakaran glukosa yang berlebihan di dalam otot. Pembakaran tenaga yang berlebihan akan menyebabkan gerak-geri otot yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan. Mereka akan berlari-lari,melompat dan menjerit-jerit tanpa kawalan. Nah,inilah yang kita sering sebut sebagai hiperaktif. =)

Pembakaran glukosa ni pulak akan consume vitamin B1,B2,B3,kalsium,magnesium dan oksigen sebab semuanya telah digunakan untuk aktivit pergerakan otot tadi. Kekurangan vitamin dan zat yang mai sebut tadi akan mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak. Ini akan menyebabkan anak-anak mudah gelisah,cemas dan mempengaruhi emosi anak. Sebab... otak tak dapat bekalan oksigen,glukosa,vitamin dan zat galian yang mencukupi.

Dipetik dari PaMA July2011-'Gula berlebihan musuh kanak-kanak'

Salam,
Mysa 3.03pm

4 comments:

Qaseh said...

betul tu kak...kita kena kawal pemakanan anak kita ni.

mysa said...

itu la..tgh belajar dan belajar.. try nk control mknn anak sebaik mungkin =)

Nurull 101 said...

mai salu beli PA&MA ehh?

mysa said...

bole la dikatakan tiap2 bulan.. kdg2 je miss.. =)