Assalamualaikum rakan-rakan,
Hari ini Mai nak share article yg Mai jmpe kat FB. Ada member yang share.. kebetulan ternampak.. Sangat membantu diri yang mmg sedang belajar nak mendidik anak.. Seriously, ramai org excited ble nk dpt anak.. tp sebenarnye kita semua orang perlu bersedia bukan takat makan/pakai je, emosi juga ye..
dari mula lahir.. si kecil tu menangis sbb nak sesuaikan diri dgn sekeliling..lapar..xselesa..xsehat..
bila sudah 6m ke atas.. si kecil tu dh pandai nak tunjukkan emosi.. menangis bukan sbb lapar atau x selesa je.. menangis sbb jeles.. menangis sbb xdiberi perhatian..menangis sbb barang yang die nak x dpt..
bila dh hampir setahun umurnya.. si kecil dh semakin panjang akal..bila kata jangan, yg tu la die nak main..yg tu la yang die nak.. bila makan, dh pandai memilih.. harini die suke makan nasi,sayur dgn ikan bakar.. esok belum tentu lagi.. dah pandai luahkan makanan bila tak mau/tak sedap pd tekaknya..dah pandai geleng kepala bila tak mau..
itu la sikecil Luqmanulhakim..sekarang Mai dan husband masing2 cuba belajar untuk tingkatkan kesabaran masing-masing..husband yang jarang marah.. kadang2 terdengar juga die tinggikan suara..wpun tak menjerit (sbb die mai x prnh nmpk die tengking org).. tp Mai dpt rasakan die tgh kawal marah dia.. Husband la org yg Mai nk contohi.. bab2 sabar ni.. tu psal sekarang selalu je pujuk hati ni kalau nak marah Luqman..
Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.
Saya bertanya kepada ibu muda itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu menjawab tidak juga. Saya tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Saya dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.
Tidak lama selepas ditanya itu, saya melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru sesaorang, " Jangan gaduh-gaduh!" Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada sesaorang yang sering melakukan kepadanya begitu?Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.
Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Namun, komunikas itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.
Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.
Note: Belajar bukan untuk mendapat segulung ijazah/ untuk penghargaan.. belajarlah selagi hayat masih dikandung badan :)