Assalamualaikum
Hari ni mai nak share resepi semalam, saja rekacipta resepi sbb ade pumpkin lebih dlm fridge.
Cara:
Potong dadu besar dan buang kulit labu. Kuantiti labu terserah pada ibu-ibu.
Rebus labu sampai empuk.
Setelah cukup empuk, lenyekkan labu.
Di kuali yang berasingan, letakkan sesudu unsalted butter.
Masukkan labu yang telah dilenyek tadi berserta susu ½ cawan.
Kacau hingga sebati.
Campurkan tepung jagung sesudu ke dalam ½ cawan lagi susu sehingga tepung larut.
Masukkan campuran tepung jagung dan susu tadi ke dalam kuali.
Kacau sehingga mencapai kelikatan yang dikehendaki...
Siap!
* bagi bayi bwh 1y gunakan susu formula atau breast milk. Bayi 1y ke atas boleh gunakan fresh milk.
*konsep resepi ni mai ambik adaptasi dari resepi mushroom soup yg slalu serve kat pizza hut tu.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment