Alhamdulillah.. Akhirnya hari ini berjaya mendaftarkan anakanda sulung ke tadika. Setelah lama survey dan sesi menanyakan diri sendiri matlamat penyekolahan Luqman.
He he he.. susah sikit sebab Mai duduk di rumah, jadi part nak hantar ke tadika tu ada sedikit ralat.. Sebab Mama Si Luqman ni rasa lebih baik dia yang mengajar sendiri..sylibus suma kan dah boleh dapat di internet, siap jadual lagi.. Tapi atas tolak tambah bahagi semua..tu yang decide untuk hantar Luqman ke tadika.
Petang tadi, sebelum ke Al-Imtiyaaz, kami ke PASTI.. sbb Mai ade 2 choice je tadika untuk Luqman ni... Sampai-sampai je tadika tu sunyi je. Rupa-rupanya sume student yang jagaan harian tgh tidur. Luqman punya excited, siap nak masuk, tapi disbbkan ustazah kat sana x pelawa pn ktrg masuk so ktrg dok luar je la.. Lepas sesi QnA, kitorang pn blk.. sbb nk ke Al-Imtiyaaz pulak. Yang lawaknya, bila tanya kat Luqman, nak tak school kat school tadi (PASTI)? dia jawab TAKNAK..
Tau x alasan die apa? Ha ha ha.. "Tak nak la school kat sana Mama.. kat sana semua orang tidur"
Kihkihkih.. memang tergelak besar ktrg.
Di Al-Imtiyaaz, kami dilayan baik. Lepas QnA, Mai berpuas hati dengan sylibus dan suasana kat sana. Lepas bayar yuran, Luqman dapat baju uniform n baju sukan n kupiah. Memang excited la anak sorang tu. he he he Tambahan pula sebelah tadika tu ada sesi SRA Al-Imtiyaaz yang memang tengah berjalan. So, Luqman seronok nak school kat sana sebab dia rasa suasana ke sekolah tu.
Balik-balik tu, rasa tak percaya pn ada. Anak nak ke sekolah.. bukan sebab apa, dengan selangkah ke sekolah dia akan berjumpa orang lain. Masanya 3-4 jam sudah di luar. Perkara-perkara +ve atau -ve ketika itu sudah di luar kawalan Mai dan suami. Semoga Luqman sentiasa dipelihara Allah, sentiasa yang baik-baik sahaja berlaku nanti. Dan semoga pemilihan tadika ini adalah yang terbaik untuk membentuk Luqman pada masa akan datang. Ya.. saya memang ada letak matlamat untuk anak-anak saya. Tapi biarlah matlamat itu saya dan suami sahaja yang tahu. Amin..Amiinn..Amiinnn..
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...