Haa.... jangan x caya.. aritu Mai kata nak tutup blog ni kan? Tau tak Mai rindu pulak nak celoteh tak tentu arah.. hahaha. Plannya blog baru tu Mai nak kumpulkan semua topik keibubapaan. So senang lain kali orang nak datang ke rumah.. kalau topik caca marba, datang la sini.. kalau nak tanya psal parenting, kita ke rumah lain pulak kan? Kihkihkihkih
Tahun 2015 dah masuk separuh bulan dah. Anak Mai yang sulung dah berjaya di sekolahkan. Alhamdulillah, sebab dia seorang peramah, maka kami suami isteri tiada masalah nak tinggalkan ke tempat baru.
Tapi perkara yang lucu pada hari kedua sekolah. Luqman yang berstokin putih ke sekolah, bawa balik stokin yang hitam.
Situasi: Time nak salin baju dan mandi.
L: Mama, Stokin along hitam mama. Nanti mama basuh tau.
Mama: Ya, sayang. Letak dalam bakul baju. Nanti mama basuhkan.
Esok pagi, ketika sarungkan stokin ke kaki.
L: Waaaaaa. Mama! Dah putih!! Mama basuh macam mana??
Mama: Mama basuh guna sabun la.
L: Waaaaaaaaa. Mama! Pandai la mama basuh sampai putih!! (Intonasi memang kagum gile ni)
Mama: ??? (Terpinga-pinga sebab basuh hanya guna sabun basuh biasa, tapi pujian tu macam mama guna kuasa magik dari negeri mana ntah.. hohoho)
Tu pandangan dari seorang anak. Yang padanya, apa yang orang dewasa buat adalah hebat. Anakku, nanti anakmu juga akan mamandang hebat akan diri mu, sayang. Semoga jadi insan berilmu nanti.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment