Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Allah bersamamu (khas buat ibu yang keguguran)

Assalamualaikum

Walaupun baru mendapat cahaya mata baru, posting kali ni bukan bermakna Mai x bersyukur. Tapi terpanggil untuk berkongsi rsa duka ibu2 yang mengalami keguguran, sebab Mai juga prnah alami Nov 2011. Ayat ini Mai rasakan seolah2 Allah berada bersama2 kita yang kesedihan kerana kehilangan. huhu

Surah Ar-Rad, Verse 8: اللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ وَكُلُّ شَيْءٍ عِندَهُ بِمِقْدَارٍ

Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. (Indonesian)

Surah Ar-Rad, Verse 9:

عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ

Yang mengetahui semua yang ghaib dan yang nampak; Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi.

(Indonesian)

via iQuran

Maisa
Posted via Blogaway

Wednesday, March 14, 2012

Makna Ramadhan

Ramadhan

maksud dari segi syaraknya bagi Muslim:
the ninth month of the Muslim year, lasting 30 days, during which strict fasting is observed from sunrise to sunset

maksud dari segi bahasanya dalam Arabic:
the hot month, from word ramad dryness

Ramad
[Arabic Ramadan, from ramad, dryness, from ramida, to be scorched; see rmd in Semitic roots.]

Scorched
  1. Burn the surface of (something) with flame or heat.
  2. Become burned when exposed to heat or a flame.


Kesimpulannya: Ramadhan maksudnya panas. Itulah maksud sebenar Ramadhan.. tadi penyampai tanya maksud Ramadhan..blur..abis kelas trus stadi dengan pakcik google.. [Time ni terasa nak beli Kamus Arab pulak :) ]

Reference: Freedictionary

Tuesday, March 13, 2012

Lakukan apa yang kita TAHU

Lately ni, saya byk terfikir.. bukan ape, sejak join kelas Al-Quran baru-baru ni, byk perkara yang diorang dh bangkitkan yang membuatkan saya byk terfikir...
Hampir keseluruhan perkara yang saya lakukan, datangnya dari ajaran ibubapa dan sekolah.. kemudian dilakukan setiap hari tanpa cukup ilmu itu.. korang faham x eh? LEbih kurang mcm ajaran turun temurun la... Bila keluar isu baru-baru ini, solat hajat sebenarnya bukan sunnah Rasulullah.. Mai rasa lagi banyak kemusykilan yang Mai kena belajar, dengan Al- Quran la semestinya..Contoh simple: Bila beraktiviti dengan dimulai Bismillah, Alhamdulillah dan pelbagai kalimah Allah, kita sebut tanpa sedari dan hayati maksudnya.

Cuba korang tanya diri korang, (sesi muhasabah diri)
1) berapa kali kita syahadah hari ni?
2) bila waktu kita syahadah hari ni? Time solat je ye?
3) Pernah dengar tak jumlah ayat al-quran 6666. Betul? pernah kira sendiri?
4) sudah BACA Al-Quran hari ni? Baca sahaja atau fahami?
5) Umat Islam wpun berdosa akan tetap masuk syurga..mksdnye lps dihukum di neraka kita akan dimasukkan ke syurga kembali. Betul ke?

Cukup la 5 soalan ni.. cukup buat saya tersedar, kekhilafan diri. Orang cakap 6666, sya pun percaya. Dari kecil ibubapa ajar al-Quran, saya pun berbangga dapat khatam tiap-tiap tahun. Tapi sebenarnya saya x tahu apa yang saya baca, apa yang Allah cuba sampaikan..Bila dah baca tafsir, sometime sy baca sekali lalu, tetapi bila ayat tersebut dibacakan, saya tertanya ' kenapa selama ni saya x perasan pun ayat ni?'.


17:36 (Surah Al-Israk)
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakikannya.

untuk lebih faham: bce plak terjemahan English (Mohsin Khan)


And follow not (O man i.e say not, or do not or witness not, etc) that of which you have no knowledge (e.g saying "I have seen", while in fact he has not heard). Verily! The hearing, and the sight, and the heart, of each of  those you will be (questioned by Allah).

Note: Ayat ni lagi terkena kat diri sendri, bab-bab suke menceritakan hal-hal orang yang kita dengar dari mulut ke mulut tu..tu dengan manusia..cmne plak setiap ibadah ni? Ya Allah, byknye dosaku....

Mari kita berubah menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

Note: Harap tak terguris mana-mana insan yang membaca. Mai hanya menyampaikan apa yang diajar. Mudah-mudahan terlekat kemas dalam ingatan Mai, dan dapat amalkan untuk mendidik anak-anak kelak. Amin :)




Tuesday, March 6, 2012

Tafsir Al-Quran kepada kita

Assalamualaikum,

Entry kali ini, Mai nak sampaikan pesanan/ingatan. Saya bukan orang bijak pandai apatah lagi alim ulamak. Tapi rasa bertanggungjawab nak share 1 ayat Quran ni.

Surah Ad-Dukhaan, ayat 58 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami mudahkan Al-Quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran"

Seriously kita dibesarkan dengan pentingnya membaca Al-Quran, sehingga apa yang kita amalkan sehari-hari ialah membaca tanpa tahu maksudnya.
Harap-harap rakan-rakan dapat hayati dan ambil iktibar dari ayat ini. Tak perlu explaination yang panjang untuk ayat ni. Ia sudah terang nyata, Allah telah tunjukkan: untuk mendapat ilmu perlu baca tafsir nya mengikut bahasa sesuatu kaum itu, dan bahasa kita? English? Melayu? Tepuk dada tanyalah selera masing-masing :)

Wallahualam