Untuk reader sekalian...
Today's status
My Followers.. Lots of Love.. TQ =)
Tuesday, November 11, 2014
Cara Tenangkan Anak ketika Tantrum
Pernah tak anak-anak mengamuk macam ni? Ha Ha Ha.. Kalau tak pernah. Alhamdulillah. Kalau selalu, Alhamdulillah juga. He He He. Mereka masih normal jika selalu tantrum begini. Cuma terpulang pada kita untuk mengajar mereka cara untuk mereka mengawal emosi.
Pengalaman Mai. Anak sulung Mai kerap mengamuk begini sebab dia nak jadi yang pertama dalam semua benda, Jadi, ada masanya adiknya menang. (Cth situasi, ayah offer sapa siap dulu boleh mandi, bila adik siap dulu, abang tak boleh terima kenyataan). Kadang kala, kami akan beralah, dan mandikan si abang. Tapi bila fikir-fikir balik, kami tak patut buat macam tu sebab Luqman perlu di ajar kawal emosi ketika kalah.
Apa yang Mai buat, tarik Luqman di kawasan yang sunyi. Mai ajak dia masuk bilik. Hanya Mai dan Luqman. PELUK. Memang die meronta. LEPASKAN sekiranya dia meronta, Kemudian pandang mata dia. Suruh die Breath In and Breath Out. Haaa.. bukan nak bersalin je kena breath in breath out ye.. Hahaha.. Kebiasaannya lepas sesi ni dia dah tenang. Baru la ibu-ibu boleh gunakan ayat power anda untuk lembutkan hati anak.
SIAP. Biasanya lepas ni dia akan happy dan terima kekalahan.
Sumber gambar dari google.
Saturday, November 3, 2012
Luqman's colouring session
Today learning session
Colouring fish template. Boleh download kt web ini.
At the same time kenalkan dengan colour (red,blue,yellow,green)
Its ok kalau die xkenal lg, dpt follow kte sebut pon dh ok
:-)
Sunday, September 23, 2012
Aktiviti untuk si kecil dengan modal rendah
Magnetic alphabet ni Mai beli kat Tesco. X silap Mai harganya rm7.90. Time lalu tadi dalam kepala Mai dah dapat 3 aktiviti untuk Luqman. Tapi perlu spent lebih masa untuk dia master aktiviti ni.
Mai share kan aktiviti ni mana tau blogger lain boleh try apply. Tapi perlu ingat, jangan frust dengan output anak syurga anda ya! Hehehe tarik nafas panjang2. Tadi pun Mai dok menahan sabar je, lain yang ku ajar lain plak yang die minat buat. Hihihi
1. Ajak anak susun setiap huruf kat fridge anda(tak kisah in order atau tak). Konsep dia supaya anak kenal huruf. Kalau die tak kenal, boleh pura2 letak tangan anda kat hruf tu, insyaAllah bila dia dah kenal dia bole susun sendri.
Luqman xde prob utk kenal huruf, tp for the first time die mcm tgh nk belajar mcm mana nak cari huruf yang kita nak di sebalik huruf2 yang banyak tu. :-) itupun perlu skill ye ibu2 sekalian. Hihi
2. Selepas susun, pasang lagu ABC dalam simpanan anda. Boleh download kat youtube, ade banyak. Sambil nyanyi tunjukkan, satu2 huruf kat fridge tu. Kalau tak de alphabet ni boleh ganti dengan flash cards atau kad ABC yang besa yg wat tampal kat dinding tu atau pun mummy tuli sendri kat A4 paper. Aktiviti ni Mai baru dapat semalam, time browse psal child activity kt google. Next post nanti Mai sharekan link web die ye. Malam ni online kt hp je ;-)
3. Bila anak syurga anda dah pandai eja nanti, boleh main Spell it right. :-) sebut word and anak anda eja. Yang ni Luqman belum pandai leh try next time pulak :-) Tapi aktiviti ni menarik untuk lekakan dia time kita tgh masak. Kalo tak die pun nak menolong skali. Huhuhu
Monday, September 3, 2012
Budak berambut baru
Hehe. Gmba ni fresh from oven. Muahaha. Empunye bdn pn lom tgk lg. Hasil tgn mama nye. Kalo encem leh wat lg len kali,beli mesin gntg rmbt pn mcm ok gak kan. Huh berangan.
Sebenarnye dh rimas tgk luqman dgn rmbtnye yg pnjg. Serabai,serabut. Anak lelaki kne smart,xleh selekeh2. Huhu
Posted via Blogaway
Wednesday, July 18, 2012
His favorite word today
Nak tahu kenapa?? Hahaha.. Both of us dh decide nak introduce potty training to Luqman.. lewat sebenarnya.. skang Luqman dh 22mths.. Mak Mai dh soh time die 14mths dulu tp mcm bese la.. mood malas melanda..huhuhu
Nak tahu nape ktrg happy arini.. Luqman asyik sebut 'kencing'..'kencing' the whole day tadik.. hahahaha.. so funny.. Ktrg start pakaikan die spentot dlm pukul 9.30am-12pm. Dalam byk2 tu 2kali terkencing.. ade beberapa kali la dok tunggu kt toilet tp x kencing2 gak sbb die nak men air.. huhuhuhu.. alasan sbb arini pintu toilet dibuka untuk Luqman masuk sendri everytime die rasa nak kencing.. tetibe je tgk die dh msuk n main air, boleh x? huhuuh.. Kdg2 ckp nk kencing tp ble dh dok dlm tu die dh syok men air...
Yang paling tak tahan tu.. around 12pm mai pakaikan balik pampers sbb die nk tdo ptg.. so xmo la die terkencing time tdo kan.. so time die x tido n tgh pakai pampers, die leh nangis2 lagi ckp nk kencing.. hahahahah.. husband la yg rajin p cabut n bwk die g bilik air.. I? malas.. hehehe.. dh pakai pampers kencing je la dlm tu.. trok tol mama ni ;-)
So teknik yg ktrg guna ni mungkin lain dr org lain, sbb mai dh dok baca2 experience mummies yang lain, kebanyakannya bwk anak g toilet every 10-15mins. Tapi mai nak Luqman rasa sendri mcm mana nk kencing tanpa pampers. So selalu pesan kat die soh bgtau every time die nk peee... and arini dh perasan la, die akan kepitkan kaki time nak kencing.[Luqman and Mama learn a lot today!] So by that time, Mai akan lari laju2 smbil dukung die.. [oops terlupe mai pantang dukung luqman..huhuh.. rse husband pon x prasan td ;-)] then kalo die kate kencing, cepat2 bwk die pegi toilet.. So far Luqman mmg performed on his 1st day potty. Sbb hanya 2kali terkucil + dh tau mcm mana rasa bila die nak kencing sbb bila die on pampers pun as long as die x tdo.. dia tau die nak/sedang kencing.. Good Job Luqmanulhakim!!
Note: Mama tgh sronok nk shopping training pants.. best plak tgk luqman pakai spentot ni ;-) sape nk join group buy dialu-alukan.. arge wholesale pnye ;-)
Friday, April 27, 2012
Luqman's Wall Drawing
Note: Sesaje nk smpn moment ni, tu psal ambik gmba.. nanti2 die dh besa leh tnjk bakat die hehehe :)
Wednesday, April 18, 2012
Makanan Khas untuk anak kurang berat badan
Tadi, tetibe selak2 mag lama2...jmpe this part. Actually, time checkup luqman after 1y, biasa la nurse akan bising sbb child's weight lps 1y mmg naik sikit.. Luqman naik dlm 0.1kg.. so chart die x cantik la.. tapi Luqman still dalam berat yang ideal. Nurse selalu pesan, masak lauk lemak putih, nasi goreng planta, mknn goreng.. sbb nak kasi sumber minyak dan lemak pd bdn anak. Sumber yang penting untuk naikkan berat anak ialah: protein, dan karbohidrat.
Ni additional info Mai dpt time selak mag td. (Rasa dh baca abis, tp bile bce info ni, rse mcm baru 1st time jumpe..adoi la..)
- nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak
- roti mestilah dihidangkan bersama mentega,keju dan mentega kacang
- biskut cracker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang
- susu kosong ditambah dengan serbuk coklat
- telur rebus dihidangkan bersama mayonaise, keju dan mentega
- kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega
Thursday, April 12, 2012
Percayakan Anak anda
Dulu Mai ade beli Set Read Easy, mai share kat entry ini <sini> So untuk permulaan, dalam 2-3 minggu, Mai keluarkan buku 1, aja C (sebut 'keh'), A (sebut 'ae'), T (sebut 'teh'), B (sebut 'be') n O (sebut 'o'), setiap hari just bacakan untuk Luqman, and after 1w, die siap bwkkn buku tu x kire masa.. tunjukkn page untuk dibacakan..
-1w Luqman just boleh sebut C=keh and cat=ke' (keras sket lidah die.. nk wat cmne lom leh ckp pon lg die.. hhihihi)
-2w Mai tinggalkan satu words utk tiap2 huruf C,A,T,B,O utk luqman sebut sendri..so dpt new words la.. A=apple, B-ball,C-crayon (tp sebutan die kelaka), T-tin,O (die sebut 'O' semula..hihih ntah pape)
Mai xde set/limitkan improvement die.. so its up to him untk blaja.depends pd penerimaan die.. so lps 3-4w.. saje nk kua kan book 2.. aja N,M,P..mai pon x ingt dh ape lagi kandungan buku tu sbb yg ni baru je bukak..
New improvement, luqman boleh sebut N bila bukak page N pastu sebut Peh bila bukak page P, sebut 'EM' bila bukak page M. Alhamdulillah, really amazing!! Lps tu beli manilakad utk lekatkan flashcard yg ade dlm set tu. Flashcard die nipis bangat tu psal lmbt nk introduce kan kat Luqman.
Satu lagi bnde amazing yang Luqman buat.. 1st time tunjuk die flashcard, luqman dpt sebut C,T,O,B,A,M,N...
tanpa tunjuk pd buku... kirenye luqman dh kenal huruf2 ni la.. Then mai pakai baju UMBRO, agak besa gak tulisannya..kemudian tanpa disuruh, luqman sebut 'a' untuk U, 'em' untuk M n 'o' untuk O... :)
Alhamdulillah..rse sangat kagum dgn betapa otak anak-anak ini ibarat span. Rasa bersyukur sebab ade di sisi Luqman untuk mengasuh, mendidik nya.. Selepas husband Mai tgk improvement Luqman, sekarang tanpa disuruh2, die pon akan layan Luqman baca buku tiap2 kali Luqman bawakkn buku kt die.
Mai akan continue aja Luqman membaca.. tapi matlamat utama Mai xkn dilupakan.. Mai mahu ajar Luqman supaya hafiz Quran. Biar Quran dihatinya. Sebelum ni just dengarkan Luqman 30juzuk terakhir al-Quran, and mmg x harapkan impak segera sbb die belum reti cakap lagi. Tp lepas tgk bagaimana pengajaran interaktif boleh membantu, Mai baru je beli Muqaddam bergambar dan set cepat baca Quran - Furqan.
InsyaAllah, mudah-mudahan Luqman dapat menjadi Hafiz... x kisah Luqman besar nak jadi ape nanti.. Doktor,engineer, atau apa pun, tapi biarlah menjadi doktor yang hafiz,engineer yang hafiz.. InsyaAllah
Ya Allah, semoga makna nama Luqmanulhakim dapat menberi manfaat ke atas hidup anakku. Aminnn...
Monday, March 5, 2012
Luqman's new learning tools

Pagi2 bute mama dh bgn nk siapkan luqman nye study corner ;-)

New cd's n buku bacaan luqman. Hasil rembatan di Ekspo Buku Islam kat Putrajaya. Ade byk lagi ktrg beli smlm.. tp ni je yg smpt bukak sbb nk trus guna.


Sorry eh gmbo senget benget.. upload dari enpon, haruslah x reti nk edit kan.. hihih. Alrite, nk blaja plak cane nk mengajar luqman karang... daaaa... :D
Ni pendapat Mai: Saham terbaik untuk dilaburkan adalah untuk anak2. Pelaburan ini, orang x nampak sangat sbb die bukan bentuk fizikal mcm wang ringgit atau harta kekayaan. Ianya terlihat dengan kelakuan dan tingkah laku anak-anak sesudah dewasa. Lama kan? Kalau panjang umur boleh la kita lihat hasilnya. Kalau ditakdirkan umur pendek. Biarlah anak-anak sentiasa amalkan apa yang kita ajarkan tu. Saham Akhirat untuk kita. :)
Biarlah orang cakap Luqman kecik lagi, cakap pon lom pandai lg (Mai rse Luqman kategori lambat bercakap, sbb based on some kids around age ni dh boleh gak ckp eventho pelat.) Mai still akan continue give byk input utk Luqman absorb.
Seriously kids can absorb. Mai dh try, selalu bacekan buku kat dia.. then 1 day, try soh die cari blk buku tu. Caranya: sebut mana2 ayat dalam buku tu, die akan bwkan buku yang btul. Korang try la :) dh try 2-3 books n luqman mmg bawakan buku yang btul. and seriously mai pon dh hafal crite tu sbb ari2 dok bce kan kat die.. siap bleh bcekan smbil online lg.. hohohohoh..
Method yang Mai tgh try: e-Flash Card ABC n 123- thru telepon je sbb Mai mls nk buat.. hihihi
Video2 dari youtube, ABC,123,lagu2 kanak2, alif ba ta,iqrak,zikir2
baby whisper (time nak tdo: dendangkan ayat2 al-Quran, n some classical musics) - Mai plan nk die hafal al-Quran earliest as he can. Xmo paksa-paksa but Mai tau all kids can do it kalau kita dengar hari2. InsyaAllah parents pon akan menghafal gak kalau kte dengar tiap2 hari :)
Semoga Luqman membesar sebagai anak yang soleh, yang taat kepada Allah, Rasul dan ibubapanya serta membantu sekeliling dengan Islam. Amiiinnnnnn
Wednesday, January 25, 2012
Dari Mana Anak Kecil Belajar Memukul dan Merampas
Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Namun, komunikas itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.
Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.
Note: Belajar bukan untuk mendapat segulung ijazah/ untuk penghargaan.. belajarlah selagi hayat masih dikandung badan :)
Wednesday, December 7, 2011
Najis
Buat bloggers, nak share psal rancangan 30 Minit Ustaz Don. Hari ni tajuk najis.. actually dh part 3 dah mlm ni..
Tapi info arini sgt berguna utk sesiapa yang biasa menguruskan bayi saban hari.. Mungkin kita ada terlepas pandang tentang pengurusan najis bayi (najis mutawassitah). Mai akui mmg byk kekhilafan Mai selama ini...
Alhamdulillah info berguna untuk uruskan anak-anak lps ni. Harap korang pon same..
Nanti dh ade video kt youtube mai upload k!
Good Night Alls =)
Tuesday, December 6, 2011
My 2nd pregnancy
Hari ini Mai nk share kisah duka Mai bulan Nov baru ni... Sangat menguji iman dan kekuatan hati...Lama jugak ambik masa nk siapkan post ni.. nk crite all out semua.. Sorry maybe post ni membosankan korang..
Yes.. I am pregnant for my 2nd child...Itu berita yang Mai nak share dlm previous post.
Time tgk result test +ve, excited gler.. Alhamdulillah.. rasanya sama mcm time dpt tau pregnant Luqmanulhakim dulu.. kerana anak adalah pengikat kasih, penghibur hati dan juga pembuka rezeki.. Its too soon, but Mai dh rikee tmpt bersalin...Mai dh rajin bce forum2 yg ade list kan nama baby...
Sehinggalah saat 3 Nov 2011...
Pagi tu perasan ade bleeding..berlendir..tapi x banyak..sikit sgt berbanding period bese.. Kaki dan tangan dh sejuk... perut dh rse sakit.. (rse confuse..sakit tu sbb sakit atau sbb takut.. Mai jenis xleh takut atau cemas.. mmg jenis sakit perut.. huhuhu). Trus contact mr hubby.. plannye kalo bleeding stop nk ignore, tp klo continous mmg kne g klinik. (Experience pregnant Luqman dulu ade bleeding, around 5mths cmtu tp sekejap je..trus stop). Tggu smpi kol 12.. Sgt takut sbb tiap2 kali g toilet tgk still ade bleeding tu..wpun sket.. Trus decide g klinik bese yg ktrg g time checkup Luqman. (Poliklinik Mesra). Nasib baik doc incharge time tu Dr Rohaya (the best doc kt ctu). Ingtkn nk terus wat checkup since dh 11w.. xpe la awal sket dr bese.. Pastu ble smpi turn.. bgtau doc ade bleeding trus doc ajak g scan..
Doc x jmpe heartbeat maupun baby.. hanya ade kantung je..pastu doc ckp position die dh ke bwh.. kantung dh nk keluar sbb xde baby.. dr Rohayah siapkan 1 open ref letter utk ke hospital mana-mana utk get 2nd opinion/cuci.. time tu terkejut btul.. belum lg rse sedih sbb ktrg btul2 terkejut.. tp redha la kot, mmg bkn rezeki ktrg..
Petang around 6pm 3Nov 2011
Pergi emergency room kat Hospital Selayang. Lama gak la nak tunggu turn.. besa la, mcm x besa plak kan? hehe.. Jumpa doc scan, scan kat situ plak mcm ade problem.. tp rasenye dr tu pun x jmpe baby.. juz kantung je.. Doc check kt bwh tgk serviks xde bukaan.. so maybe bkn miscarriage. Tp disebabkan scan tu x brp bagus, doc decide anta ktrg kat tingkat atas (actually ade satu lg case tumpah darah skali ngan mai) jmpe doc pakar kt wad bersalin.
Time tunggu turn tu, dpt sms dr abah "Luqman nak tido, die cari mama.." Berderai air mata time ni.. tau dah Luqman x prnah berenggang ngan Mai since dh jd SAHM..bottle pon try sekali dua je sejak tau pregnant ni.. huhuh..sedeh btol.. Ok back to the story.. hehe
Ble smpi turn jmpe doc pakar, die scan. Mmg x nmpk baby. so die decide nk wat vaginal scan, doc ckp mcm nmpk sumthing, might be baby la..cme kecik. So, doc decide mai xkne warded. Kasi chance lg 2w, it might be bleeding sbb misscarriage, tp kalo dh smpi masa spatutnye ade bukaan pd serviks. And maybe salah kire, so baby kecik lg.. time tu kami masih simpan lg harapan, mudah-mudahan kandungan kali ni selamat.
So time tu dok kt umah mak sampai 2w appointment..
1hari....
2hari....
Raya haji...
Darah still ade.. n still sama..x byk.. mcm tu je la.. Luqman mmg Mai dh x dukung...dh dilarang oleh husband and family..sian gak kat die.. huhuh.. susu fm pon tiap2 ari kasi.. tp kdg2 kesian mai kasi gak bf.. especially mlm..
ptg raya tu blk muar..selasa pagi dh blk kl. Balik tu,darah dh semakin byk.. and dah ade ketul-ketul sket..
Time tu nangis x ingat la.. sbb ingatkan time tu la keguguran yg sebenar..
Sampai la 10hb, Khamis...
Malam tu lepas mandikan Luqman, siap2 kasi makan kt die Mai sakit mcm period pain..sakit kt pinggang.. sakit sangat... soh husband urut,smpi tertido.. trus ilang sendri..
11hb, Jumaat..
Siang tu ok lagi, siap survey tmpt nk scan weeken nnt. sbb nk check dh keluar abis ke belum.. time ni mmg dh pasrah la..nangis2 sume dh lepas..plan nk berpantang je ni, cme tunggu pengesahan doc je.. tup tup pas asar tu ade lg rse sakit blakang tu.. memula wat2 larat la..surfing lagi..sambil2 layan luqman..
**oh ye pas blk dr muar tu lps kua darah ketul2 and tragedy nangis2 tu, mai decide nk kasi full bf kt luqman blk.. ye la dh gugur kan nk kasi kecut blk rahim + nak kasi kua cepat mane2 yg x kua tu..huhuhu
Lama-lama sakit makin kuat.. pas kasi luqman makan n siap2 mandikan die, mai pon g mandi.. tgk drh makin byk...pekat...huhuhuhuh
Lps tu landing, baring2 kat bilik mak..sambil urut blakang.. time tu mak br lepas solat maghrib, nk ngaji la konon2.. time tu mai dh leleh2 la.. sakit...
Mak tnye "nape, truk ke sakit?" mai ckp, "sakit mak.. mcm nk bersalin..."
Lps tu mak nk reda kan sakit tu, mak panaskan tungku, tuam blakang mai.. mmg lega la rse kjap.. pastu sakit blk..
"mak ni mcm contraction, mak".. huhuhuh..leleh mmg x yah ckp la..xsegan2 dh kt mak,abah n adik2.. pastu call husband. husband soh mintak tlg abah anta g spital..
Pastu nk bgn, nk siap2 la ni... br je duduk..berdesupppppppp..mai rse bnde keluar laju je x henti-henti.. ckp ngan mak.. pastu g toilet, huhuh yaAllah time tu mai rse ade ketul besa separuh tapak tangan jatuh dlm toilet bowl.. n lps tu darah mmg non-stop.. time tu kecut tangan kaki.. sejuk je rse..
Sampai hospital, time tunggu doc adela dlm 2x g toilet pon perasan glup..glup.. bnde ketul jatuh... time tu tahulah.. haritu la btul2 perginya baby mama..
walaupun x tgk tp mai yakin ade baby dlm tu.. sbb ade terbaca yang contraction tu dtg dr baby wpun time keguguran..wallahualam..
Sekarang redha dgn pemergian embrio Mai (rse lom layak pggl fetus/janin time ni)
xtau la dia akan jadi anak Mai ke x kt akhirat nnt.. Wallahualam sbb ade dgr org ckp bayi yg tunggu ibubapanya kt pintu syurga tu tak termasuk untuk case bayi yang belum ditiupkan roh atasnya.. tp, mai nak namakan embrio itu Uwais al-Qarni.. yang sayang pd ibubapanya.. huhuh....
InsyaAllah mudah-mudahan murah rezeki kami nnt...
p/s: Mohon ampun maaf pd membe2 yg ade wedding bulan tu.. esp Mak Neng (Pink Lavender), time tu berpantang, xdpt pergi Johor.. huhuhuh..
Thursday, October 6, 2011
My lil hero got new BCG
Sayang x capture moment smlm tu.. time kt KK, misi smpi 3-4 org.. ade sorg Dr lg observe..pastu ktrg masuk dlm bilik rawatan khas, bkn yg biasa ktrg masuk time nk inject Luqman.. hehe.. Pastu ade kain besa.. rupe-rupenye nk bedung baby besa ni.. ekekekek... Menangis tu xyah crite la.. aii pon rse nk nangis skali rsenye.. ;-)
Alhamdulillah so far injection tu berbekas la.. berbanding time dlu tu.. rsenye nmpk kesan cucuk je kot.. nanah sume xdek..kesan die juz mcm panau cmtu je.. tu yg mereka-mereka yg bertanggungjawab ni trus decide Luqman inject lg skali.. heheh.. tp kne tggu lg.. sbb lom bernanah lg.. and byk plak kena pantau sbb dak ni dh besa kan.. Mcm pantang dorg pesan smlm.. huhu.. mudah-mudahan selamat sume =)
P/S: Habis Hospital Serdang kne jwb.. org KK siap nk argue nape x jadi BCG last year.. ha...ha.. xtau.. hehe
Wednesday, September 14, 2011
My Second Degree in my life
16 Syawal dh arini...= 14 September 2011
Kalau ikut bulan Islam Luqman dah Setahun 2 minggu mcm tu..kalo kalendar masihi setahun 3 hari.. hehehe
Motif???
Congratulate myself.. Alhamdulillah Mai dh berjaya breastfeed Luqman selama setahun...dh dpt "Degree" kalau ikut istilah dlm KIM.. tp baru 1calit la.. x pro lg.. kalo dh ramai anak, byk la calitnye.. hehehe.. Dulu cuak time Ramadhan sbb 1st time bf Luqman time pose.. Alhamdulillah berjaya lepasi... Tp skang, dh rse Luqman ni byk menyusu gak even dh setahun... nak-nak kalau time die nk tido tu.. selagi x leh nk lena bf je la.. tuka kiri kanan.. huuhuh.. time tu rse penat gak.. kalo pakai susu formula kan senang.. tgk anak org, kasi sebotol.. baringkan dpn tv.. senang je die lena.. huhuhu.. Sabar Mai..Sabar..
Mode: tgh pikir adiah ape nk bg kat diri sendri sbb berjaya dpt 'Degree' nih.. hehe
Tuesday, August 16, 2011
Parcel pertama minggu ni delivered..HOORAY



Tuesday, July 19, 2011
Bila anak demam...


Friday, July 1, 2011
Gula dalam Pemakanan Kanak-kanak
Wednesday, June 15, 2011
Today's activities...
Tuesday, June 14, 2011
Nasi dan Lada benggala
Saturday, May 21, 2011
Oat dan Madu







