Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Showing posts with label Faris Nur Daniel. Show all posts
Showing posts with label Faris Nur Daniel. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Perginya permata ayahbonda Faris Nur Daniel

Salam,
Ingat tak previous post psal adik Faris Nur Daniel tu? Hari ini berita sedeh, adik Faris dah pergi menghadap Pencipta Yang Maha Kuasa.. "Daripada Allah kita datang Kepada Allah jua kita kembali..."
Sedih, memang sedih.. sebab Mai follow wall ayah Faris ni semata-mata untuk tahu perkembangan terkini anaknya.. huhuh
Terasa terpukul dengan kes mcm ni, anak adalah pinjaman Allah..bahkan suami,ibu bapa, ahli keluarga..semuanya hak Allah. Kita siapa untuk menidakkan takdir sekiranya Allah lebih menyayanginya.. Sekarang terasa lebih menghargai orang sekeliling sbb kita tidak tahu siapa yang akan pergi dahulu. huhuhhu..

Hikmah? Yakinla setiap perkara ada hikmahnya.. Ibu Faris hamil 2bulan, itu juga adalah rezeki, Allah ambil permata yang disayangi, diganti pula dengan permata yang lain. Mudah-mudahan ibubapa Faris tabah, kuat semangat dalam membesarkan anak-anaknya. Huhuhuh.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, dari blog Mazidul Akmal, kata ayah Faris sumbangan dari orang ramai sudah dapat mencukupi untuk menampung rawatan perbelanjaan Faris. Semoga Faris pergi dengan tenang. Alfatihah :-(



Monday, February 20, 2012

Sumbangan untuk Faris Nur Daniel

Salam...buat semua follower Page dan Blog MysaKidsCloset... Mulai hari ini, saya dan MysaKidsCloset ingin mengumpul sumbangan untuk adik Faris Nur Daniel. Setiap pembelian barangan kami mulai hari ini sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak, sebanyak RM2 akan disumbangan ke tabung Faris.. InsyaAllah mudah-mudahan walaupun kecil sumbangan MysaKidsCloset, tetapi dapat mengurangkan beban/derita yang ditanggung oleh ibu bapa dan keluarga si cilik ni...

Untuk makluman:
Faris, 6Y menghidap HLH (barah darah) dan kini berada di SJMC dalam keadaan kritikal. Jumlah kos rawatan sudah mencecah RM75k dan melebihi limit insurans coverage ibu dan bapanya (Jumlah coverage dr insurans parents Faris RM40k) Mereka memerlukan RM35k lagi...

Harap maklum
***jangan buat tuduhan melulu sekiranya menganggap mereka mampu sehingga warded di SJMC. Faris pada mulanya dimasukkan ke SJMC kerana pneumonia dan mendapat perlindungan insurans. Namun, dalam ms beberapa hari shaja, Faris telah disahkan HLH dan kos rawatan telah melebihi had perlindungan insurans. Ayah Faris telah merancang untuk menukarkan ke hospital kerajaan/semi namun, tidak lama selepas itu keadaan Faris kritikal dan proses penukaran sangat berisiko.    

Untuk maklumat lanjut berkenaan derita yang ditanggung adik Faris boleh ke
1. FB https://www.facebook.com/Abahko
2. http://www.mazidulakmal.com/

Mari sertai kami!!!