Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Thursday, February 23, 2012

Perginya permata ayahbonda Faris Nur Daniel

Salam,
Ingat tak previous post psal adik Faris Nur Daniel tu? Hari ini berita sedeh, adik Faris dah pergi menghadap Pencipta Yang Maha Kuasa.. "Daripada Allah kita datang Kepada Allah jua kita kembali..."
Sedih, memang sedih.. sebab Mai follow wall ayah Faris ni semata-mata untuk tahu perkembangan terkini anaknya.. huhuh
Terasa terpukul dengan kes mcm ni, anak adalah pinjaman Allah..bahkan suami,ibu bapa, ahli keluarga..semuanya hak Allah. Kita siapa untuk menidakkan takdir sekiranya Allah lebih menyayanginya.. Sekarang terasa lebih menghargai orang sekeliling sbb kita tidak tahu siapa yang akan pergi dahulu. huhuhhu..

Hikmah? Yakinla setiap perkara ada hikmahnya.. Ibu Faris hamil 2bulan, itu juga adalah rezeki, Allah ambil permata yang disayangi, diganti pula dengan permata yang lain. Mudah-mudahan ibubapa Faris tabah, kuat semangat dalam membesarkan anak-anaknya. Huhuhuh.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, dari blog Mazidul Akmal, kata ayah Faris sumbangan dari orang ramai sudah dapat mencukupi untuk menampung rawatan perbelanjaan Faris. Semoga Faris pergi dengan tenang. Alfatihah :-(



Wednesday, February 22, 2012

Grilled Salmon ~~ and the benefits to you

Grilled Salmon Recipe - taken from Ginger Salmon Marinade Recipe The $5 Dinner Mom Cookbook and modifed to make my own recipe (Chewah,leh jd chef mcm ni siap leh modify resipi lg ngehngeh)

Salmon satu potong jek utk 3 org mkn (2 adults 1 toddler) lbih krg besa pic ni
Salmon tu wat fillet ye.. hiris nipis, potong kecik -org kate lebih sedap bila potong kecik
Halia tumbuk
Black pepper tumbuk gak (I suke original blackpepper rather than serbuk. so kalau xmo tumbuk gne serbuk je pon bole)
Lemon, takyah byk2..
Garam
Kicap soya

campo je sume dlm satu bekas, marinade dlm fridge dlm 10-30minit... lg lme lg sedap la ye :)
Time nk grilled ni, kalau xde grilled pan pakai frying pan pon boleh.. letak minyak sket je ye.. Mai letak mentega dalam setengah sudu je.
Fuhh sdap gler mkn tghr td, lwn dgn sayur cmpo goreng..western abis.. theme lunch td **health food for child and his parents..ekekekek**

Skang nak share benefits salmon taken from Cheap.Fast.Good cookbook.. (senyum je cik abe tgk i guna buku-buku yang die beli tu ;-))

  1. Sumber protein yang baik.
  2. Mengandungi Vitamin B6, B12, asid amino,iron,niacin,riboflavin,zink,magnesium dan fosforus
  3. Kaya dengan asid lemak omega-3 yang berupaya 
    • untuk merendahkan kandungan kolesterol
    • mengurangkan kelikatan platlet darah (fuh betul ke x translation ni eh "reduce the stickiness of blood platelets")
    • rumusan utk kedua-dua point ni: mengurangkan risiko sakit jantung
  4. Beli salmon dlm tin **fact that farmed salmon contain dangerous level of cancer-causing polychlorinated biphenyl (PCBs) rather than wild salmon. So canned salmon caught in the wild and lg murah.. wohoooo.. i br tau ye fakta ni.. dlu time Luqman 6m+ every week msti beli ikan ni.. huhuh.. leh suggest kat hubby ku cenggini.. risau gak. hopefully info di atas berguna utk korang :)

Monday, February 20, 2012

Sumbangan untuk Faris Nur Daniel

Salam...buat semua follower Page dan Blog MysaKidsCloset... Mulai hari ini, saya dan MysaKidsCloset ingin mengumpul sumbangan untuk adik Faris Nur Daniel. Setiap pembelian barangan kami mulai hari ini sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak, sebanyak RM2 akan disumbangan ke tabung Faris.. InsyaAllah mudah-mudahan walaupun kecil sumbangan MysaKidsCloset, tetapi dapat mengurangkan beban/derita yang ditanggung oleh ibu bapa dan keluarga si cilik ni...

Untuk makluman:
Faris, 6Y menghidap HLH (barah darah) dan kini berada di SJMC dalam keadaan kritikal. Jumlah kos rawatan sudah mencecah RM75k dan melebihi limit insurans coverage ibu dan bapanya (Jumlah coverage dr insurans parents Faris RM40k) Mereka memerlukan RM35k lagi...

Harap maklum
***jangan buat tuduhan melulu sekiranya menganggap mereka mampu sehingga warded di SJMC. Faris pada mulanya dimasukkan ke SJMC kerana pneumonia dan mendapat perlindungan insurans. Namun, dalam ms beberapa hari shaja, Faris telah disahkan HLH dan kos rawatan telah melebihi had perlindungan insurans. Ayah Faris telah merancang untuk menukarkan ke hospital kerajaan/semi namun, tidak lama selepas itu keadaan Faris kritikal dan proses penukaran sangat berisiko.    

Untuk maklumat lanjut berkenaan derita yang ditanggung adik Faris boleh ke
1. FB https://www.facebook.com/Abahko
2. http://www.mazidulakmal.com/

Mari sertai kami!!!

Saturday, February 18, 2012

Bloggeroid

Testing testing 123

Thursday, February 16, 2012

Baby Look Alike Contest by MysaKidsCloset and SeeNiceArt


Salam korang.. actually contest ni dh start almost 2w dh.. sorry lupe nak habaq.. hihi..
Sesiapa yang ada anak/anak buah yg chumelsss.. dijemput join contest ni.. hadiah berupa barangan MysaKidsCloset dan SeeNiceArt..
Like both organizer nye page FB
Juz join group contest tu di FB
Upload gmba korang bersama anak/anak buah yg chumelsss tu..
pastu invite org utk like.. 
Result based pd LIKE tertinggi + management contest nye decision..
Contest ni habis 29 Feb 2012... 
Jom ramai2 kte bercontest.. hihiih