Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Saturday, May 8, 2010

Pemakanan Ibu Hamil

Assalamualaikum....

Semasa hamil, sering kita terima pelbagai nasihat dan pandangan dari rakan2 atau ibubapa tentang pemakanan yang bagus untuk diri ibu dan bayi dalam kandungan. Tapi kita dengan berbekalkan sumber2 bacaan,boleh untuk terima atau tidak nasihat2 tersebut. Post ini adalah untuk berkongsi pelbagai nasihat2 yg sy terima sepanjang kehamilan saya dan sumber2 rujukan yg sy gunakan untuk menerima pendapat2 ini.. Semoga jd ingatan untuk saya di masa hadapan,dan juga rujukan pd rakan2 di luar. =)


Kurma

Terdapat ayat dlm al-Quran yg menceritakan tentang pengalaman Maryam ketika saat melahirkan Nabi Isa a.s yg bermaksud:
"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak."
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan bayi dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar."

Kajian lain tentang kurma:
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Reference: http://tayibah.com/eIslam/kurma.htm

Prune

Dikatakan elok diamalkan bagi mengatasi masalah sembelit dan buasir. Masalah ini biasanya dialami menjelang trimester kedua dan terakhir. Ia mungkin disebabkan saiz janin yang semakin membesar dan memberi tekanan kepada usus. Sesetengah orang mengalami masalah ini selepas bersalin. Selain prune, banyakkan meminum air dan juga makanan yang kaya dengan serat.


Pati Delima

Pati Delima ini Mai consume sendiri semasa hamil anak ke-2 dan ke-3. Berdasarkan review rakan-rakan FB, ia boleh mengurangkan mabuk ketika awal trimester. Sekadar berkongsi pengalaman, Mai mengandung 3bulan anak-ke2 ketika bulan Ramadhan dan Alhamdulillah, mampu meneruskan puasa walaupun hamil. Caranya, setiap kali selepas sahur dan selepas berbuka Mai minum campuran sesudu besar pati delima dan sesudu madu kedalam setengah cawan air suam.
Cuba lah.

No comments: