Assalamualaikum pembaca sekalian...
Kali ini Mai nak share tentang natural remedy yang Mai selalu amalkan ketika anak-anak syurga Mai sakit. Ya, saya bukan doktor, hanya seorang mama yang menginginkan anak-anaknya sihat. Namun begitu kanak-kanak yang sihat kadangkala perlu sakit untuk menguatkan sistem imun badan mereka. Tapi, hati ibu bapa mana la yang mampu bertahan melihat sahaja anak-anaknya sakit tanpa berbuat apa-apa.. Selain berdoa, Mai akan sedaya upaya membantu menguatkan antibodi badan anak-anak Mai dan pilihan Mai adalah secara natural. Bukan menolak ubat-ubatan, cuma selagi demam batuk biasa, Mai akan cuba kaedah alternative yang Mai tahu dan kebiasaannya sekiranya berlarutan atau terdapat tanda-tanda luar biasa, baru lah Mai merujuk kepada pakar.
Panjang betul muqaddimah entri Mai kali ni... heheheheeh... sebenarnya malam ni rasa aman pulak dapat online sorang2 dalam bilik.. :) anak-anak dah tidur, bapanya pulak tengah main PS3 dengan adiknya.. saya free la..
Ok, berbalik pada topik asal. Bahan natural yang Mai nak kongsikan hari ini adalah Garlic atau Bawang Putih.. Semua orang pasti tahu kan? Satu bahan yang sangat mudah didapati... setiap rumah pasti ada bawang putih... melainkan time tu anda di hotel atau homestay... hihihih
Kebiasaannya, apabila anak demam,batuk atau selsema ini adalah apa yang Mai buat untuk anak-anak Mai.
1. Soup... sup adalah kemestian.. atau sekurang-kurangnya bubur nasi yang sangat cair..
Kenapa sup/ bubur elok diberikan ketika anak sakit? kerana pada ketika itu badan sedang berusaha keras untuk menyingkirkan virus/bakteria yang terdapat dalam badan. Makanan yang semi solid atau solid sesuai kerana memudahkan penghadaman. Tapi apa kaitan degan Garlic? Mai biasanya akan menambah bilangan garlic,onian dan ginger lebih dari biasa... malahan memotong secara kasar supaya anak-anak dapat memamahnya.. kalau lagi rajin, separuh garlic tu mai masukkan ketika sup.bubur hampir masak dan anak2 dapat makan raw garlic.
2. Garlic sock
setiap malam Mai akan masukkan separuh crushed garlic ke dalam stokin anak-anak Mai dan sarungkan pada kaki mereka. Besok, anda akan dapati nafas mereka berbau garlic. heheh itu tandanya langkah anda berjaya.. (kena guna separuh atau sedikit dari itu kerana garlic adalah panas, kaki anak anda boleh melecur.. kalau bayi..boleh apply garlic oil sahaja)
3. Garlic oil
Bakar garlic pada api dapur sehingga hangus, lenyekkan dengan minyak..(boleh guna minyak masak, minyak zaitun dll). Minyak itu disapu di bahagian dada, belakang badan, tapak kaki dan juga T area di bahagian muka.
InsyaAllah.. sakit anak akan beransur2 pulih. Mungkin bukan secara drastik, tetapi sekurang-kurangnya untuk sakit2 seperti itu pada masa hadapan, badan anak anda mampu menanganinya dengan antibodi badan mereka sendiri.
Sumber rujukan yang Mai gunakan ketika entri ini dibuat:
1. http://www.learningherbs.com/garlic_remedy.html
Boleh refer bahagian garlic feet
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
No comments:
Post a Comment