Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Wednesday, October 29, 2014

Good luck my boy!

Alhamdulillah.. Akhirnya hari ini berjaya mendaftarkan anakanda sulung ke tadika. Setelah lama survey dan sesi menanyakan diri sendiri matlamat penyekolahan Luqman.

He he he.. susah sikit sebab Mai duduk di rumah, jadi part nak hantar ke tadika tu ada sedikit ralat.. Sebab Mama Si Luqman ni rasa lebih baik dia yang mengajar sendiri..sylibus suma kan dah boleh dapat di internet, siap jadual lagi.. Tapi atas tolak tambah bahagi semua..tu yang decide untuk hantar Luqman ke tadika.

Petang tadi, sebelum ke Al-Imtiyaaz, kami ke PASTI.. sbb Mai ade 2 choice je tadika untuk Luqman ni... Sampai-sampai je tadika tu sunyi je. Rupa-rupanya sume student yang jagaan harian tgh tidur. Luqman punya excited, siap nak masuk, tapi disbbkan ustazah kat sana x pelawa pn ktrg masuk so ktrg dok luar je la.. Lepas sesi QnA, kitorang pn blk.. sbb nk ke Al-Imtiyaaz pulak. Yang lawaknya, bila tanya kat Luqman, nak tak school kat school tadi (PASTI)? dia jawab TAKNAK..
Tau x alasan die apa? Ha ha ha.. "Tak nak la school kat sana Mama.. kat sana semua orang tidur"
Kihkihkih.. memang tergelak besar ktrg.

Di Al-Imtiyaaz, kami dilayan baik. Lepas QnA, Mai berpuas hati dengan sylibus dan suasana kat sana. Lepas bayar yuran, Luqman dapat baju uniform n baju sukan n kupiah. Memang excited la anak sorang tu. he he he Tambahan pula sebelah tadika tu ada sesi SRA Al-Imtiyaaz yang memang tengah berjalan. So, Luqman seronok nak school kat sana sebab dia rasa suasana ke sekolah tu.

Balik-balik tu, rasa tak percaya pn ada. Anak nak ke sekolah.. bukan sebab apa, dengan selangkah ke sekolah dia akan berjumpa orang lain. Masanya 3-4 jam sudah di luar. Perkara-perkara +ve atau -ve ketika itu sudah di luar kawalan Mai dan suami. Semoga Luqman sentiasa dipelihara Allah, sentiasa yang baik-baik sahaja berlaku nanti. Dan semoga pemilihan tadika ini adalah yang terbaik untuk membentuk Luqman pada masa akan datang. Ya.. saya memang ada letak matlamat untuk anak-anak saya. Tapi biarlah matlamat itu saya dan suami sahaja yang tahu. Amin..Amiinn..Amiinnn..

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidil Adha 1435H

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Lama dah Mai tak celoteh kosong kat sini kan.. Ihiks..
Sekarang jam 1.25am.. Nak tau Mai buat apa pagi-pagi buta ni?
Huhuhu.... Nak siapkan website sendiri...

InsyaAllah tahun ni nak challenge diri sendiri nak buat website -shopping cart untuk diri sendiri.. website Mysakidscloset. Dah 2 minggu dah cocentrate belajar balik, cari framework yang sesuai.. pilih.. lepas tu pakai.. dan seminggu ni memang cocentrate (sepanjang waktu senggang siang hari, malam..kadang-kadang berlarutan sampai pukul 3-4 pagi). Kadang-kadang suami kesian juga tengok Mai, siang penat dengan urusan rumah..order online kalau ada.. anak-anak lagi.. Tapi itu la, Mai saja nak cabar diri.. keluar dari zon selesa ni dan menghargai jugak pertolongan husband sebab belikan hosting untuk Mysakidscloset.

Nanti bila dah siap semua, korang mai la singgah jenguk website Mai ya..

Selamat malam semua.. Panjang umur, kita cerita lg.
Mai nak iron baju raya pulak ni.. Sok pagi sure tak dan nak iron bila dah golek-golek dengan anak-anak. HeHeHe


Wednesday, September 17, 2014

Saya Jual Nursing Cover

Alhamdulillah.. Dah lama sebenarnya nak post kat blog pasal sumber pendapatan part time Mai sekarang.. Rasanya dh almost 3y kot buat ni.. Tp on off sbb ikut tempahan.
Niat asal Mai jahit nursing cover ini untuk memudahkan ibu-ibu menyusukan anak di tempat awam. Mai tau kelamkabutnya bila anak menangis mintak susu, tp time tu takda tempat yg sesuai untuk susukan anak. Tu belum mata-mata yang pandang 'selek' huhu.
So buat ibu-ibu yang kurang kepakaran menjahit, Mai boleh tolong. Harga pon depends pd kain, jd kalau nak murah atau ada bajet constraint, jangan segan2 bagitau. Cuma bukan free la ye.. Hihi
Ada sorang membe mai ni, dari mula2 mai jahit nursing cover sampai sekarang lebih kurang 5 helai dah die tempah.. Hihi dia jadikan nursing cover ni sebagai hadiah untuk kawan-kawan yang baru melahirkan. Bagus jugak idea tu. Kalau kawan-kawan nak Mai direct hantarkan pn InsyaAllah Mai boleh tolong wrap dan postkan. Ala-ala surprise gift la ni.. Haha..
Semoga hari anda baik-baik sahaja hari ini. :)

Wednesday, September 10, 2014

Ransang bayi anda sejak kecil



Assalamualaikum

Buat bacaan ibu-ibu yang ingin merangsang perkembangan anak kecil anda.

http://anaksyurgaku.blogspot.com/2014/09/ransang-bayi-newborn-anda.html

Wednesday, August 27, 2014

Naufal 1st puree

Alhamdulillah.. Hari ni Muhammad Naufal genap 6 months.. Syukur Allah masih memberi peluang diri ini menjaga seorang lagi khalifah Allah.. 'Dermawan yang Terpuji'.

Untuk minggu pertama, sajian untuk Naufal.. Apple purée.. Untuk kali ni, Mai xde nk sumbat2 puree ni kt Naufal.. Tapi more pada nk kenalkan Naufal dgn rasa, enhance skill lidah die merasa dan telan makanan..
Alhamdulillah lepas 2,3 suap die dh ada tanda2 bila nmpk sudu mulutnya pn dah menganga.. Heheheee.. Mmg sikit je pn Mai bg die td.. Xpe la sayang you have many years to eat everything insyaAllah.. Mula2 ni takut perut terkejut.. ;)