Lately ni, saya byk terfikir.. bukan ape, sejak join kelas Al-Quran baru-baru ni, byk perkara yang diorang dh bangkitkan yang membuatkan saya byk terfikir...
Hampir keseluruhan perkara yang saya lakukan, datangnya dari ajaran ibubapa dan sekolah.. kemudian dilakukan setiap hari tanpa cukup ilmu itu.. korang faham x eh? LEbih kurang mcm ajaran turun temurun la... Bila keluar isu baru-baru ini, solat hajat sebenarnya bukan sunnah Rasulullah.. Mai rasa lagi banyak kemusykilan yang Mai kena belajar, dengan Al- Quran la semestinya..Contoh simple: Bila beraktiviti dengan dimulai Bismillah, Alhamdulillah dan pelbagai kalimah Allah, kita sebut tanpa sedari dan hayati maksudnya.
Cuba korang tanya diri korang, (sesi muhasabah diri)
1) berapa kali kita syahadah hari ni?
2) bila waktu kita syahadah hari ni? Time solat je ye?
3) Pernah dengar tak jumlah ayat al-quran 6666. Betul? pernah kira sendiri?
4) sudah BACA Al-Quran hari ni? Baca sahaja atau fahami?
5) Umat Islam wpun berdosa akan tetap masuk syurga..mksdnye lps dihukum di neraka kita akan dimasukkan ke syurga kembali. Betul ke?
Cukup la 5 soalan ni.. cukup buat saya tersedar, kekhilafan diri. Orang cakap 6666, sya pun percaya. Dari kecil ibubapa ajar al-Quran, saya pun berbangga dapat khatam tiap-tiap tahun. Tapi sebenarnya saya x tahu apa yang saya baca, apa yang Allah cuba sampaikan..Bila dah baca tafsir, sometime sy baca sekali lalu, tetapi bila ayat tersebut dibacakan, saya tertanya ' kenapa selama ni saya x perasan pun ayat ni?'.
17:36 (Surah Al-Israk)
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakikannya.
untuk lebih faham: bce plak terjemahan English (Mohsin Khan)
And follow not (O man i.e say not, or do not or witness not, etc) that of which you have no knowledge (e.g saying "I have seen", while in fact he has not heard). Verily! The hearing, and the sight, and the heart, of each of those you will be (questioned by Allah).
Note: Ayat ni lagi terkena kat diri sendri, bab-bab suke menceritakan hal-hal orang yang kita dengar dari mulut ke mulut tu..tu dengan manusia..cmne plak setiap ibadah ni? Ya Allah, byknye dosaku....
Mari kita berubah menjadi insan yang lebih baik setiap hari.
Note: Harap tak terguris mana-mana insan yang membaca. Mai hanya menyampaikan apa yang diajar. Mudah-mudahan terlekat kemas dalam ingatan Mai, dan dapat amalkan untuk mendidik anak-anak kelak. Amin :)
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
No comments:
Post a Comment