Blogger Layouts

Untuk reader sekalian...

Bagi peminat tshirt muslimah, baju menyusu dan jubah jenama Jameela, Muslimah4u, Qaseh, Zariya dan banyak lagi... Juga Nursing Cover comel Handy Mysa..
jemput jengah laman web kami.. MysaKidsCloset. =)

Free Delivery. Point Reward untuk Customer. InsyaAllah.

Happy shopping!!

Today's status

My Followers.. Lots of Love.. TQ =)

Sunday, November 16, 2014

Tahun Baru. Azam Baru. Blog Baru

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selepas ini akan Mai beralih ke blog baru.. dengan lebih pengisian untuk semua pengunjung.. Tiada lagi omong-omong kosong. Semua bertujuan. InsyaAllah.

Anda semua juga dijemput untuk melawati laman blog baru Mai.

MaisaIshak


Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian Mai selepas ini. InsyaAllah.

Salam Mesra,
Maisa Ishak
15 Nov 2015

Tuesday, November 11, 2014

Cara Tenangkan Anak ketika Tantrum


Pernah tak anak-anak mengamuk macam ni? Ha Ha Ha.. Kalau tak pernah. Alhamdulillah. Kalau selalu, Alhamdulillah juga. He He He. Mereka masih normal jika selalu tantrum begini. Cuma terpulang pada kita untuk mengajar mereka cara untuk mereka mengawal emosi.

Pengalaman Mai. Anak sulung Mai kerap mengamuk begini sebab dia nak jadi yang pertama dalam semua benda, Jadi, ada masanya adiknya menang. (Cth situasi, ayah offer sapa siap dulu boleh mandi, bila adik siap dulu, abang tak boleh terima kenyataan). Kadang kala, kami akan beralah, dan mandikan si abang. Tapi bila fikir-fikir balik, kami tak patut buat macam tu sebab Luqman perlu di ajar kawal emosi ketika kalah.

Apa yang Mai buat, tarik Luqman di kawasan yang sunyi. Mai ajak dia masuk bilik. Hanya Mai dan Luqman. PELUK. Memang die meronta. LEPASKAN sekiranya dia meronta, Kemudian pandang mata dia. Suruh die Breath In and Breath Out. Haaa.. bukan nak bersalin je kena breath in breath out ye.. Hahaha.. Kebiasaannya lepas sesi ni dia dah tenang. Baru la ibu-ibu boleh gunakan ayat power anda untuk lembutkan hati anak.

SIAP. Biasanya lepas ni dia akan happy dan terima kekalahan.


Sumber gambar dari google.

Saturday, November 8, 2014

Bayar Yuran itu Judi Moden

Anda pernah masuk pertandingan?
Contohnya futsal, bola jaring, bowling dan sebagainya.
Kemudian anda dikenakan yuran untuk pembelian hadiah pertandingan.

Tanpa kita sedari ia sebenarnya adalah judi.

Sebarang wang yang dikeluarkan peserta untuk hadiah bagi pemenang adalah judi.

Ini adalah perkongsian dari saudari Farrah Adeeba hasil temuramahnya di TV AlHijrah.
Semoga bermanfaat dan elakkan di kemudian hari.

Wednesday, October 29, 2014

Good luck my boy!

Alhamdulillah.. Akhirnya hari ini berjaya mendaftarkan anakanda sulung ke tadika. Setelah lama survey dan sesi menanyakan diri sendiri matlamat penyekolahan Luqman.

He he he.. susah sikit sebab Mai duduk di rumah, jadi part nak hantar ke tadika tu ada sedikit ralat.. Sebab Mama Si Luqman ni rasa lebih baik dia yang mengajar sendiri..sylibus suma kan dah boleh dapat di internet, siap jadual lagi.. Tapi atas tolak tambah bahagi semua..tu yang decide untuk hantar Luqman ke tadika.

Petang tadi, sebelum ke Al-Imtiyaaz, kami ke PASTI.. sbb Mai ade 2 choice je tadika untuk Luqman ni... Sampai-sampai je tadika tu sunyi je. Rupa-rupanya sume student yang jagaan harian tgh tidur. Luqman punya excited, siap nak masuk, tapi disbbkan ustazah kat sana x pelawa pn ktrg masuk so ktrg dok luar je la.. Lepas sesi QnA, kitorang pn blk.. sbb nk ke Al-Imtiyaaz pulak. Yang lawaknya, bila tanya kat Luqman, nak tak school kat school tadi (PASTI)? dia jawab TAKNAK..
Tau x alasan die apa? Ha ha ha.. "Tak nak la school kat sana Mama.. kat sana semua orang tidur"
Kihkihkih.. memang tergelak besar ktrg.

Di Al-Imtiyaaz, kami dilayan baik. Lepas QnA, Mai berpuas hati dengan sylibus dan suasana kat sana. Lepas bayar yuran, Luqman dapat baju uniform n baju sukan n kupiah. Memang excited la anak sorang tu. he he he Tambahan pula sebelah tadika tu ada sesi SRA Al-Imtiyaaz yang memang tengah berjalan. So, Luqman seronok nak school kat sana sebab dia rasa suasana ke sekolah tu.

Balik-balik tu, rasa tak percaya pn ada. Anak nak ke sekolah.. bukan sebab apa, dengan selangkah ke sekolah dia akan berjumpa orang lain. Masanya 3-4 jam sudah di luar. Perkara-perkara +ve atau -ve ketika itu sudah di luar kawalan Mai dan suami. Semoga Luqman sentiasa dipelihara Allah, sentiasa yang baik-baik sahaja berlaku nanti. Dan semoga pemilihan tadika ini adalah yang terbaik untuk membentuk Luqman pada masa akan datang. Ya.. saya memang ada letak matlamat untuk anak-anak saya. Tapi biarlah matlamat itu saya dan suami sahaja yang tahu. Amin..Amiinn..Amiinnn..

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidil Adha 1435H

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Lama dah Mai tak celoteh kosong kat sini kan.. Ihiks..
Sekarang jam 1.25am.. Nak tau Mai buat apa pagi-pagi buta ni?
Huhuhu.... Nak siapkan website sendiri...

InsyaAllah tahun ni nak challenge diri sendiri nak buat website -shopping cart untuk diri sendiri.. website Mysakidscloset. Dah 2 minggu dah cocentrate belajar balik, cari framework yang sesuai.. pilih.. lepas tu pakai.. dan seminggu ni memang cocentrate (sepanjang waktu senggang siang hari, malam..kadang-kadang berlarutan sampai pukul 3-4 pagi). Kadang-kadang suami kesian juga tengok Mai, siang penat dengan urusan rumah..order online kalau ada.. anak-anak lagi.. Tapi itu la, Mai saja nak cabar diri.. keluar dari zon selesa ni dan menghargai jugak pertolongan husband sebab belikan hosting untuk Mysakidscloset.

Nanti bila dah siap semua, korang mai la singgah jenguk website Mai ya..

Selamat malam semua.. Panjang umur, kita cerita lg.
Mai nak iron baju raya pulak ni.. Sok pagi sure tak dan nak iron bila dah golek-golek dengan anak-anak. HeHeHe


Wednesday, September 17, 2014

Saya Jual Nursing Cover

Alhamdulillah.. Dah lama sebenarnya nak post kat blog pasal sumber pendapatan part time Mai sekarang.. Rasanya dh almost 3y kot buat ni.. Tp on off sbb ikut tempahan.
Niat asal Mai jahit nursing cover ini untuk memudahkan ibu-ibu menyusukan anak di tempat awam. Mai tau kelamkabutnya bila anak menangis mintak susu, tp time tu takda tempat yg sesuai untuk susukan anak. Tu belum mata-mata yang pandang 'selek' huhu.
So buat ibu-ibu yang kurang kepakaran menjahit, Mai boleh tolong. Harga pon depends pd kain, jd kalau nak murah atau ada bajet constraint, jangan segan2 bagitau. Cuma bukan free la ye.. Hihi
Ada sorang membe mai ni, dari mula2 mai jahit nursing cover sampai sekarang lebih kurang 5 helai dah die tempah.. Hihi dia jadikan nursing cover ni sebagai hadiah untuk kawan-kawan yang baru melahirkan. Bagus jugak idea tu. Kalau kawan-kawan nak Mai direct hantarkan pn InsyaAllah Mai boleh tolong wrap dan postkan. Ala-ala surprise gift la ni.. Haha..
Semoga hari anda baik-baik sahaja hari ini. :)

Wednesday, September 10, 2014

Ransang bayi anda sejak kecil



Assalamualaikum

Buat bacaan ibu-ibu yang ingin merangsang perkembangan anak kecil anda.

http://anaksyurgaku.blogspot.com/2014/09/ransang-bayi-newborn-anda.html

Wednesday, August 27, 2014

Naufal 1st puree

Alhamdulillah.. Hari ni Muhammad Naufal genap 6 months.. Syukur Allah masih memberi peluang diri ini menjaga seorang lagi khalifah Allah.. 'Dermawan yang Terpuji'.

Untuk minggu pertama, sajian untuk Naufal.. Apple purée.. Untuk kali ni, Mai xde nk sumbat2 puree ni kt Naufal.. Tapi more pada nk kenalkan Naufal dgn rasa, enhance skill lidah die merasa dan telan makanan..
Alhamdulillah lepas 2,3 suap die dh ada tanda2 bila nmpk sudu mulutnya pn dah menganga.. Heheheee.. Mmg sikit je pn Mai bg die td.. Xpe la sayang you have many years to eat everything insyaAllah.. Mula2 ni takut perut terkejut.. ;)

Monday, August 11, 2014

Tips Pemilihan Paip Air Sinki

Apa pendapat blogger semua dengan water tap yang Mai pilih ni? Cantik tak?
Hehehe.. Nampak eksklusif giler kan? Sebab tu Mai berkenan yang ni.. Tapi untuk Mai yang fulltime bekerja di rumah. Pagi sampai malam ke dapur, Mai rasa tak praktikal..

Kenapa Mai cakap macam tu?
Jarak paip yang jauh dari sinki menyebabkan air senang terpercik ke kawasan berhampiran. Maka dapur Mai akan berkecah teruk, penuh dgn kain buruk terutama ketika penggunaan sinki yang maksima (orang yang ramai, masak dlm tempoh yang lama).

Jadi, kenapa Mai share di sini? Hehe supaya menjadi pengajaran untuk blogger yang lain. Nak lawa boleh, tp biarlah tak menyesal di kemudian hari.. Hahaha

Saturday, July 5, 2014

Life Magnet dan Secret of Ages for sale

Assalamualaikum kepada pengunjung blog ini. Saya ingin mencari rumah baru untuk 2 buku kesayangan saya ini iaitu The Secret of Ages dan The Life Magnet hasil tulisan Robert Collier.

Kondisi buku: Masih elok seperti dalam gambar. (Good condition)

Harga yang ingin dibuka hanya RM30 untuk kedua-dua buah buku termasuk postage ke Semenanjung Malaysia.

Sinopsis: The Secret of Ages dan The Life Magnet

Sekiranya berminat boleh tinggalkan email anda di ruang komen ini. Thanks




Wednesday, January 29, 2014

Biasa tak alami keadaan ini kat office?

Ada project yg nk kne meet deadline.. pastu x ckup resource.. pastu boss byk songel.. pastu handle kerenah client lagi.. pastu kt rumah pulak prob dgn husb n anak.. rse upset x dpt lyn dorg... biasanya ada timeframe la keadaan ni.. mungkin seminggu, 2minggu atau sebulan... heeeee... rse penat phisycal, mental and emosional... pastu ada satu ketika bdn akan jatuh sakit, and biasanya dh di ujung2 dateline.. boleh jadi weeken, lps project tu delivered.. atau time pass project utk QA test...

Ni apa yang terjadi... berdasarkan buku yang Mai tgh baca ni....
" When we are exposed to maximum stress levels and these continue unabated for too long, our general resistance is undermined. The body appears to have and extraordinary coping mechanisme that allows a person under stress to continue to function while the stress is at height, almost as though the body knows that collapsing at this stage would be a total disaster. It continues to function, while it is in fact "running on empty", using up energy reserves and surviving on adrenaline as much as anything else.

Once the immediately stressful phase has been dealt with and things begin to calm down, comes the most likely moment for the body to choose to temporarily give up. This is why migraine sufferers will almost certainly develop a migraine once a deadline has been met, during a weekend or during the holidays: in other words, when taking it easy will not cause massive disruption."

This is how the body ensures that we overcome the aftermath stress......


Masya Allah....
alth

Petikan: boost your Immune System Naturally...by Beth MacEoin




Tuesday, January 28, 2014

Garlic: Fight your cold naturally

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Kali ini Mai nak share tentang natural remedy yang Mai selalu amalkan ketika anak-anak syurga Mai sakit. Ya, saya bukan doktor, hanya seorang mama yang menginginkan anak-anaknya sihat. Namun begitu kanak-kanak yang sihat kadangkala perlu sakit untuk menguatkan sistem imun badan mereka. Tapi, hati ibu bapa mana la yang mampu bertahan melihat sahaja anak-anaknya sakit tanpa berbuat apa-apa.. Selain berdoa, Mai akan sedaya upaya membantu menguatkan antibodi badan anak-anak Mai dan pilihan Mai adalah secara natural. Bukan menolak ubat-ubatan, cuma selagi demam batuk biasa, Mai akan cuba kaedah alternative yang Mai tahu dan kebiasaannya sekiranya berlarutan atau terdapat tanda-tanda luar biasa, baru lah Mai merujuk kepada pakar.

Panjang betul muqaddimah entri Mai kali ni... heheheheeh... sebenarnya malam ni rasa aman pulak dapat online sorang2 dalam bilik.. :) anak-anak dah tidur, bapanya pulak tengah main PS3 dengan adiknya.. saya free la..

Ok, berbalik pada topik asal. Bahan natural yang Mai nak kongsikan hari ini adalah Garlic atau Bawang Putih.. Semua orang pasti tahu kan? Satu bahan yang sangat mudah didapati... setiap rumah pasti ada bawang putih... melainkan time tu anda di hotel atau homestay... hihihih

Kebiasaannya, apabila anak demam,batuk atau selsema ini adalah apa yang Mai buat untuk anak-anak Mai.
1. Soup... sup adalah kemestian.. atau sekurang-kurangnya bubur nasi yang sangat cair..
Kenapa sup/ bubur elok diberikan ketika anak sakit? kerana pada ketika itu badan sedang berusaha keras untuk menyingkirkan virus/bakteria yang terdapat dalam badan. Makanan yang semi solid atau solid sesuai kerana memudahkan penghadaman. Tapi apa kaitan degan Garlic? Mai biasanya akan menambah bilangan garlic,onian dan ginger lebih dari biasa... malahan memotong secara kasar supaya anak-anak dapat memamahnya.. kalau lagi rajin, separuh garlic tu mai masukkan ketika sup.bubur hampir masak dan anak2 dapat makan raw garlic.

2. Garlic sock
setiap malam Mai akan masukkan separuh crushed garlic ke dalam stokin anak-anak Mai dan sarungkan pada kaki mereka. Besok, anda akan dapati nafas mereka berbau garlic. heheh itu tandanya langkah anda berjaya..  (kena guna separuh atau sedikit dari itu kerana garlic adalah panas, kaki anak anda boleh melecur.. kalau bayi..boleh apply garlic oil sahaja)

3. Garlic oil
Bakar garlic pada api dapur sehingga hangus, lenyekkan dengan minyak..(boleh guna minyak masak, minyak zaitun dll). Minyak itu disapu di bahagian dada, belakang badan, tapak kaki dan juga T area di bahagian muka.

InsyaAllah.. sakit anak akan beransur2 pulih. Mungkin bukan secara drastik, tetapi sekurang-kurangnya untuk sakit2 seperti itu pada masa hadapan, badan anak anda mampu menanganinya dengan antibodi badan mereka sendiri.


Sumber rujukan yang Mai gunakan ketika entri ini dibuat:
1. http://www.learningherbs.com/garlic_remedy.html
Boleh refer bahagian garlic feet